Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, January 4, 2023

Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Pada entry kali ini kami akan ceritakan pengalaman kami ke  Susung Waterfall yang terletak di Bengoh Dam atau pun terkenal dengan panggilan Jurassic World. Bengoh Dam ini terletak di daerah Padawan. Kepada nature lovers out there, this place is a must go! View sangat superb and worth the hike. Untuk sampai ke Susung Waterfall, korang akan merasai pengalaman menaiki boat selama 10 minit dan hiking lebih kurang 40 minit. Sememangnya, suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan! 


Perjalanan | Bengoh Dam ni terletak lebih kurang 40 minit dari bandar Kuching, tapi disebabkan kami bergerak dari The Culvert from opposite direction, kami mengambil masa satu jam setengah untuk sampai. Overall, kami enjoy our short road trip, jalan lapang dan seronok tengok pemandangan sekeliling, tenang je. Sebaik sahaja sampai ke Bengoh Dam, korang akan jumpa pondok pengawal, di situ lah jalan masuk ke Bengoh Dam.

Guide & Boat | Kami memang dah contact guide in advance iaitu Abang Joe untuk guide kami ke Susung Waterfall. Bayaran yang dikenakan oleh Abg Joe ialah sebanyak RM50 seorang. Deposit adalah RM50 dan yang selebihnya bayar setelah selesai hiking. Pakej degan Abg Joe ni merangkumi boat transfer pergi dan balik, boat ke Kampung Sting, entrance fee RM 7 dan hiking guide ke lokasi-lokasi air terjun. Bagi kami, memang sangat berbaloi harga RM50 seorang sebab Abg Joe memang akan bersama-sama dengan kita hiking all the way dari awal sampai habis. Yang bestnya, Abg Joe tak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa bercerita apabila kami bertanya apa-apa. Dia sabar sahaja melayan kerenah kami berempat yang asyik berhenti untuk ambil gambar. Kepada yang nak hike sendiri pun boleh, cuma kalau korang first timers dan bukan kaki hiking, better ambil guide untuk rasa lebih confident. Lagi pun diorang lebih tahu selok belok tempat ni dan lebih arif terhadap fenomena kepala air.

No telefon Abg Joe: 0 14-583 0986



Waterfall
| Target utama kami ke sini adalah untuk pergi ke Susung Waterfall (Jurassic)! Dalam gambar pun dah nampak majestic, apatah lagi kalau pergi sendiri kan? Dalam perjalanan ke Susung Waterfall nanti, korang akan jumpa beberapa waterfalls lain yang tak kurang jugak cantiknya iaitu Curtain Waterfall, dan Pean Waterfall. Guide akan minta korang terus ke Susung dahulu, nanti semasa perjalanan balik korang boleh berhenti mandi-manda di kedua-dua air terjun ni. Abg Joe tak galakkan kami mandi di Susung kerana aliran air yang sangat deras. Sebaik sahaja kami sampai ke Susung Waterfall, terus rasa hilang penat mendaki, terasa mist air terkena satu badan, nyaman! Memang healing habis! Di Susung Waterfall inilah terdapat satu akar pokok yang berbentuk seakan-akan buaian yang menjadi port wajib untuk bergambar. Menurut Abg Joe, selalunya kena ambil turn untuk bergambar di situ sebab orang ramai. Alhamdulillah nak dijadikan rezeki, semasa kami pergi ke Bengoh Dam, hanya ada kami 4 orang untuk hari tersebut. Abg Joe bagitau lagi jarang-jarang tempat ni kosong, tapi ini mungkin disebabkan keadaan cuaca dan kebetulan clash dengan perayaan Krismas. Perasaan kat waterfall ini susah nak digambarkan, tak tahu nak describe macam mana dia punya ketenangan tu, rasa sejuk dan tenang! 




Hiking Trail | Di Bengoh Dam ini terdapat satu perkampungan Bidayuh yang dikenali sebagai Kampung Sting. Mereka ini lah penduduk tempatan yang maintain trail hiking untuk ke Susung Waterfall. Sepanjang perjalanan ke Susung, korang akan melalui jambatan-jambatan buluh, tangga kayu seperti tangga rumah panjang dan pondok-pondok hasil tangan penduduk Kampung Sting. Secara keseluruhan, trail ke Susung boleh dikatakan berada di level pertengahan, tidak terlalu susah dan mudah. Ada beberapa tempat agak steep, tetapi memang ada tangga buluh disediakan. Jenis kasut yang korang pakai sangat memainkan peranan sebab korang akan cross banyak jambatan buluh yang dibawahnya mengalir air sungai yang sangat deras. Kalau pakai kasut yang licin, ada kebarangkalian boleh slip dari jambatan buloh yang sangat narrow sahaja tempat untuk pijak. Bagi yang nak ke toilet, jangan risau ada beberapa tandas di sepanjang perjalanan. Setelah sampai ke Susung Waterfall, kami sepatutnya kembali ke boat dan bergerak ke Kampung Sting. Tapi memandangkan kami dah basah kuyup mandi di Curtain Waterfall dan hujan mulai rintik, kami minta Abg Joe bawa kami pulang dan tengok Kampung Sting dari atas boat sahaja. Berdasarkan pembacaan kami, korang kena naik boat dalam 10 minit dan mendaki selama setengah jam lagi untuk sampai ke sana. Dengar kata, track ke Kampung Sting lebih mencabar dan steep.



Persediaan | Selain memakai kasut sukan yang sesuai, korang perlu bawa air yang cukup dan disarankan juga bawa isotonik. Boleh juga bawa makanan seperti roti dan snack untuk makan dalam perjalanan. Abg Joe memang sarankan sangat untuk bawak 100 Plus sebab sebelum ni ada kes-kes hikers yang nak pitam dan sebagainya. Korang boleh juga pack baju kering untuk tukar pakaian sebab kalau korang tak nak mandi pun, mist air dekat Susung Waterfall tu je dah cukup untuk buat korang basah kuyup.

Sekian, itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Susung Waterfall is definitely the highlight of our trip to Kuching, Sarawak. Kalau pergi lagi selepas ini pun, kami tak kisah untuk repeat hiking ke Susung Waterfall. 




Previous Post
Next Post

post written by:

1 comments:

Unknown said...

Salam. Boleh minta numbor supir di jogja? Thanks.