Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, January 10, 2023

Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Pada entry kali ini kami akan kongsikan 15 Aktiviti Wajib Buat kalau korang ke Kuching, Sarawak. Ini berdasarkan pengalaman kitorang travel ke Kuching tempoh hari. Harap dapat membantu korang yang tercari cari benda apa yang best nak buat di Kuching , Sarawak ni.


1. Breakfast di Kopi O Corner

Kopi O Corner terletak di tengah-tengah pekan Kuching dan menjadi port tumpuan pengunjung dan juga penduduk local. Nak tahu kenapa korang kena try makan kat sini? Jawapannya adalah kerana kedai ini berkonsepkan food court, jadi ada pelbagai jenis makanan popular Sarawak di sini. Ada laksa sarawak, mee kolok, nasi lemak, roti canai, nasi goreng dan macam-macam lagi. Dua makanan utama yang menjadi tarikan kami di sini ialah Nasi Goreng Ikan Terubuk dan Nasi Lemak Sapi.

Korang wajib cuba nasi goreng terubuk dekat sini sebabnya kami dah cuba di beberapa kedai lain, memang tak sesedap macam yang kami makan di Kopi O Corner. Untuk makanan signature Sarawak pula iaitu Mee Kolok dan Laksa Sarawak, kami personally lagi suka makan di kedai lain, khususnya yang memang terkenal dengan makanan itu sahaja.

2. Explore Sarawak Cultural Village/ Kampung Budaya Sarawak

Untuk sampai ke Sarawak Cultural Village, korang perlu ambil kereta sewa sebab destinasi ini terletak di daerah Santubong, kira-kira 40 minit dari bandar Kuching. Harga tiket masuk as of December 2022 ialah RM95 per adult for non-Sarawakian. Kalau nak lagi murah, korang boleh beli tiket siap-siap di klook.com. Jimat RM15, hanya RM80 seorang. Berbaloi ke tak masuk ke Sarawak Cultural Village? Yes, untuk first timers.

Seperti yang kita tahu Sarawak ni kaya dengan budaya dan mempunyai banyak suku kaum. Korang akan berpeluang masuk sendiri ke rumah Orang Bidayuh, Iban dan sebagainya. Ada performance di sebelah pagi dan petang, jangan miss! 

3. Cuba Makanan Tradisional Sarawak di Sarawak Cultural Village/Kampung Budaya


Alang-alang sudah ke Kampung Budaya, korang boleh cuba set hidangan masakan tengahari yang terdapat di sini. Makanan yang disajikan memang makanan tradisional suku kaum di Sarawak, unik sangat! Memang tak pernah jumpa makanan jenis ini di Semenanjung. Antara menu wajib yang korang perlu cuba ialah Manok Pansoh, Sayur Midin Belacan, Masak Lemak Labu, Daging Tepus dan Umai. Semuanya sedap-sedap memang kena dengan tekak kita. Kami berempat ambil satu set yang berharga RM55, alhamdulillah cukup untuk 4 orang makan. 

4. Check in at The Culvert Hotel Resort Kuching


Kalau nak rasa pengalaman yang lain daripada yang lain, korang kena cuba stay dekat The Culvert Hotel Resort Kuching. Hotel ini sangat unik kerana korang berpeluang tidur di dalam pembentung. Yang seronoknya, semua facilities dekat sini menarik dan sangat instagrammable. Korang boleh review our full post tentang hotel ini di SINI. Untuk booking hotel ni, korang boleh book dekat Booking.com. 

5. Hiking ke Jurassic @ Susung Waterfall

Ini adalah highlight trip kami ke Kuching, sememangnya satu pengalaman epik yang tak dapat kami lupakan. Seumur hidup, kami tak pernah lihat air terjun secantik ini, memang betul-betul membuka mata kami semua melihat alam ciptaan Allah. Untuk sampai ke sini, korang perlu menaiki boat dan hiking lebih kurang satu jam. Kalau nak lebih mudah, boleh ambil guide in advance untuk arrange boat dan guide korang ke atas. Boleh baca separate post saya tentang Bengoh Dam di SINI.

6. Makan Laksa Sarawak di Mom's Laksa Kopitiam

Memang tak sah trip ke Sarawak kalau tak pekena Laksa Sarawak. Korang tak perlu susah-susah nak google dah kedai mana yang ada laksa sarawak paling sedap, inilah tempatnya! Memang puas hati sangat makan laksa sarawak kat sini, yang tak makan laksa pun berjaya habiskan semangkuk.

7. Naik Bot Penambang @ Waterfront

Untuk menambahkan lagi keunikan trip korang, korang boleh cuba naik bot penambang dari Waterfront ke Kampung Boyan untuk beli kek lapis Sarawak Dayang Salhah dan ikan terubuk masin. Uniknya bot penambang ini ialah kerana ianya dikemudi secara fizikal. Mesra dan ramah pakcik tukang kemudi ni, siap rekemen kepada kami lagi kedai yang murah untuk beli ikan terubuk masin. Bayaran sehala ke Kampung Boyan ialah RM2 seorang.

8. Bergambar @ Tugu Kucing

Alang-alang dah sampai ke Kuching, apa kata korang bergambar di Tugu Kucing ni? Boleh dikatakan one of the most instagrammable places la jugak, kalau orang ramai kena tunggu turn. 

9. Enjoy Night View @ Darul Hana Bridge

Night live dekat Kuching ni boleh tahan juga, very lit! Ramai sangat orang datang lepak area waterfront Kuching ni malam-malam. Korang boleh cross Jambatan Darul Hana sambil tengok pemandangan dari atas yang sangat cantik. Boleh nampak Dewan Undangan Negeri Sarawak yang sangat unik dari segi binaannya bercahaya dari jauh. Design Darul Hana Bridge ni pun sangat unik dan majestic, boleh nampak reflection yang sangat clear dari tasik. 

10. Shopping Kek Lapis Sarawak @ Kek Warisan Sdn Bhd

Dalam banyak-banyak kek lapis, kami personally suka kek lapis Sarawak dari Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. Lokasi kedai ni senang ja nak jumpa, tersergam indah di tepi jalan dengan binaan berkonsepkan rumah melayu tradisional. Walaupun harga kek lapis di sini mahal RM3 berbanding kek lapis di Dayang Salhah, tetapi kami personally suka flavour & texture kek lapis di sini, lebih moist dan sedap. Staff dekat sini pun semuanya friendly, kalau korang rajin buat google review, siap boleh dapat free Tebaloi sorang satu. 


11. Try Mee Kolok @ Satok Flyover Cafe


Negeri Sarawak juga amat sinonim dengan menu Mee Kolok. Ada banyak sangat kedai mee kolok di sekitar Kuching ni. Kami hanya berpeluang makan di salah satu kedai sahaja iaitu Satok Flyover dan alhamdulillah tidak mengecewakan. Antara menu mee kolok yang popular di kedai ini ialah Mee Kolok Sapi. 

12. Meet Orang Utan @ Semenggoh Wildlife Centre

Perjalanan ke Semenggoh Wildlife Centre dari bandar Kuching adalah lebih kurang 30 minit. Setelah sampai, korang boleh memilih samada nak jalan kaki untuk ke kawasan Orang Utan ataupun naik buggy. Kami memilih untuk naik buggy, kerana jarak ke dalam boleh tahan jauh. Nak tengok orang utan ni bergantung kepada nasib juga, sebabnya orang utan di sini dilepaskan sahaja into the wild. Kalau ada rezeki orang utan ni munculkan diri semasa instructor panggil, boleh la korang tengok aksi orang utan di sini. Alhamdulillah, kami berjaya tengok 4 ekor orang utan di sini!

13. Seafood Dinner @ TopSpot (Gerai No.6)


TopSpot ini adalah medan selera tumpuan yang terletak dalam UTC Kuching, betul-betul berhadapan dengan patung kucing yang selalu jadi port bergambar tu. Ada dua gerai halal di sini iaitu Gerai No. 6 dan Gerai 25. Seafood dekat sini memang sedap dan fresh, tapi korang perlu ada kesabaran yang tinggi sebab orang terlampau ramai. Nak order makanan kena beratur panjang, apatah lagi tunggu makanan sampai, pun lama juga. Lebih kurang sejam lebih juga kami menunggu, namun ini perkara biasa di sini. Apa pun, memang sangat berbaloi makan di TopSpot sebab harga seafood di sini sangat affordable. 


14. Mengopi @ Rumah Kopi

Kalau korang nak chill dan lepak dengan kawan-kawan sambil coffeeing, boleh try dekat sini. Surprisingly, bukan kopi je sedap, menu lain pun not bad. Nasi lemak ayam totally recommended!

15. Rasai Keunikan Ais Krim Gula Apong @ Waterfront

Ais Krim Gula Apong merupakan antara dessert yang popular di Sarawak. Ramai yang recommend kepada kami untuk cuba makan ais krim ini yang dijual di Waterfront. Cumanya, kat sini selalunya ramai orang. Alhamdulillah, disebabkan hotel kami berhadapan dengan tempat ini sahaja, kami antara orang yang terawal dapat beli ais krim di sini sebaik sahaja kedai dibuka. Kalau korang pergi pada waktu petang atau malam, fuhh memang panjang sangat barisan! 

Orait! Itulah 15 Aktiviti yang korang wajib buat kalau korang datang ke Kuching ni especially kepada yang baru first time nak teroka bandar Kuching. Kalau dah banyak kali datang dan ada cadangan lain, boleh suggest dekat bahagian komen di bawah ya! Harap bermanfaat! Thanks for reading. Assalamualaikum!



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: