Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, December 17, 2022

Tempat Makan Best Di Penang | Nikmati Menu Makanan Korea Halal di Meokja Cafe

Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Adakah korang sedang mencari tempat best untuk makan makanan Korean di sekitar Penang? Kitorang sebagai penggemar makanan Korea ni ada nak recommend satu tempat atau restaurant yang memang setakat ni boleh dikira paling sedap among yang kitorang pernah pergi! Restaurant yang kami maksudkan adalah Meokja Cafe yang terletak di Bandar Seberang Jaya, Penang. 

Sedikit background tentang restaurant ni, diorang baru dibuka awal tahun 2022 haritu dan tema serta menu pun memang berasaskan makanan dari Korea Selatan. Kepada yang pernah ke Korea, Meokja punya masakan memang boleh mengubat rindu korang terhadap makanan di Korea sebab rasa dia authentic but at the same time masih masuk dengan tekak orang Malaysia.

Dari segi dekorasi dalaman restoran ni memang sangat cantik dan kemas. Sangat selesa dan ada lah feeling feeling makan di cafe cafe di Korea, mainly sebab the vibrant colour of everything kat dalam restorant tu.




Dari segi rasa, menu yang kami order haritu adalah Sundubu Jjigae, Tteokbokki, Jajangmyeon dan juga Seafood Jjampong dan kesemuanya sedap nak mamp! Paling sedap sekali ada Sundubu Jjigae, Handsdown. Waiting time pun tak lama dalam 10 minutes sahaja. Meh cuci mata tengok gambar - gambar makanan kami haritu dan sama-sama kita terliur ya.






So guys, seriously kalau korang penggemar makanan Korea dan berada di sekitar Penang atau Kedah dan masih belum ke sini, memang rugiiii besar! haha. Kami memang seriously enjoy our experience dining kat situ. Rasa, Ambience, Waiting Time, Portion semua puas hati. Meokja Cafe ni memang akan pergi jauh dalam this space. Boleh pergi tengok IG diorang kalau nak cuci mata tengok gambar makanan kat sana okay!


https://www.instagram.com/meokja.hq/



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: