Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, December 15, 2022

Soal & Jawab Trip Ho Chi Minh - Da Lat | Kat Mana Nak Book Tiket Sleeper Bus?


Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Memandangkan hujung tahun dah tiba dan ramai yang DM & Komen di post kami yang sebelum ni bertanyakan soalan, especially tentang trip kami ke Ho Chi Minh dan Sleeper Bus to Da Lat tempoh hari, meh kami buat a little bit of an FAQ kat sini terus ya. Harap membantu untuk korang plan trip ke Vietnam nanti!


Soalan | Banyak tak GRAB di HCM & Dalat?
  • Di Ho Chi Minh banyak! Kami takda issue langsung untuk book GRAB di HCM.
  • Di Da Lat, ada juga GRAB, Tetapi ada beberapa kali yang kami book tapi takda driver dan end up kami suruh hotel tolong panggilkan teksi

Soalan | Masa pergi sana pakai Local SimKad atau Roaming dan yang mana lagi bagus?
  • Sewaktu kami kat sana, Hana guna roaming (Digi) , Kimi guna local Simkad (Mobifone). Harga untuk local simkad tu kami dah tak ingat exactly berapa, tapi tak mahal sebab tu kami decide untuk try juga pakai local simkad.
  • Local Simkad punya internet lebih laju dan stabil. Yg pakai roaming haritu ended up guna hotspot from local simkad.
  • Process untuk local pasang simkad sangat simple, tak sampai 10 minit dah settle.

Soalan |  Kat mana book tiket untuk Sleeper Bus dan mudah tak process?
  • Tiket untuk Sleeper Bus dari HCM to Da Lat kami beli di https://12go.asia/?z=4081939
  • Process sangat2 mudah, harga pun okay. Sama ja actually dengan di Klook dan beberapa platform yang lain. Kami pilih di https://12go.asia/?z=4081939 sebab banyak review dari mat salleh yang book pakai 12go Asia ni and semua moslty positve.
  • Yg best kat sini adalah sebab semua maklumat di hantar dekat Email, SMS, dan juga FB Messenger. Haaa kalau hilang tiket ka apa, toksah dok risau. Sampai kat FB pun depa send dan bg reminder.
Soalan | Overall pengalaman naik Sleeper Bus selesa tak?
  • Bus yang kami naik haritu sangat sangat sangat selesa, kami naik yang VIP Sleeper Bus, so dalam tu ada untuk setiap katil , ada langsir, ada bantal, air mineral dan byk lagi tiny details yang buatkan the experience sangat smooth.
  • Kami ambik trip malam untuk kedua dua trip pergi dan balik, sebab nak jimat duit supaya tak perlu tidur di hotel.
  • Serious memang lena terus sampai ke destinasi.

Soalan |  Makanan halal di Da Lat banyak tak? 
  • Nak kata banyak tu tidak lah banyak. Tapi memang ada beberapa tempat makanan halal yang ownernya org muslim malay Champa.
  • Sewaktu kami kat sana, ada 3 tempat yang kami dok ulang pergi. Dan memang bertemu dengan ramai traveller Malaysia dekat tiga tempat ni. Boleh baca tentang tempat2 tu di ENTRY yg INI!
Okay 5 tu adalah soalan soalan yang paling banyak kami dapat dalam inbox dan di komen2 kat page ni. So harap dapat membantu korang yang tengah plan nak ke Vietnam. Enjoy your trip in Vietnam guys!



Previous Post
Next Post

post written by:

1 comments:

Nor said...

Saya da tgk website bus sleeper tu..ade pilihan naik di stesen mn..so better naik dr stesen mn ye? Sy confuse