Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, December 29, 2022

Pengalaman Naik MYAirline | Okay ke Tak Airline Baru Ni?

Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Pada entry kali ini, kami akan kongsikan pengalaman kami menaiki flight MYAirline yang baru sahaja beroperasi pada bulan November yang lepas. Bila namanya airline baru ni, semestinya terselit juga sedikit kerisauan samada okay ke tak okay. Jadi kali ni, kami akan kongsikan pengalaman kami menaiki pesawat MYAirline dari Penang ke KL dan sewaktu terbang pulang dari Kuching ke KL.


Check in | Standard macam flight lain, hand carry 7kg. Sekiranya ada nak add baggage, boleh tambah semasa online check in dan korang perlu pergi drop dekat kaunter bila gate dah open. Untuk yang tak ada check in baggage, terus je pergi masuk balai pelepasan, tak perlu print boarding pass, tunjuk pdf version dalam phone sahaja pun boleh. Harga check in baggage boleh dikatakan sangat murah berbanding airline lain. Kami ambil 20kg check in baggage dengan harga RM35 sahaja. Yang bestnya, tak ada had bilangan beg, boleh je check in sebanyak mana pun beg selagi tak melebihi had berat.

On time ke tidak? | Berdasarkan pengalaman kami naik MYAirline dari Penang ke KL, alhamdulillah smooth, boarding time seperti dalam jadual. Untuk flight dari Kuching - KL pula, agak tersasar dari jadual, delay lebih kurang sejam lebih. Kami difahamkan ada technical issue. 

Layanan staf & keadaan pesawat | Keadaan pesawat baru, dan kami rasa leg room MYAirline lebih besar sedikit dari Air Asia. Yang ni kena check balik takut perasaan je. Staf & pramugari memang chill, pakai sneakers instead of heels which I think was great! Ye lah, flight kan dalam keadaan bergerak, yet pramugari ni semua memang akan ulang alik jalan dalam flight, bukan ke lagi senang kalau pakai sneakers. Overall, kami rasa layanan staf standard, lebih kurang sama macam kita naik airline lain. Flight pun tak gegar banyak sangat time kami naik alhamdulillah, memang kami tidur lena dari mula sehingga sampai ke destinasi.


@farhana_anaa First experience flying with MYAirline. Great experience so far and most importantly on time. Yes, their stewardess wear sneakers instead of heels. Love it! #MYAirline #myairline ♬ Every Second - Mina Okabe
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: