Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Pada entry kali ini kami akan review sebuah hotel berkonsepkan nature retreat yang best giler di Kuching, Sarawak iaitu The Culvert Hotel Resort Kuching. Hotel ini unik kerana para pengunjung berpeluang tidur di dalam gelung bulat yang dilengkapi dengan private bathroom. Kepada korang yang dok mencari kat mana nak merasa nature retreat yang mantap di Sarawak ni, hotel ni kena ada dalam list korang okay!
Bilik | The Culvert ni mempunyai konsep yang rare, iaitu bilik pengunjung adalah di dalam culvert atau gelung. Memang gelung tu cukup-cukup untuk fix sebuah queen size bed and ada sikit space, lepas untuk seorang solat. Kalau ambil standard room, ada toilet kecil juga dalam bilik. Memang pandai hotel ni utilise space, dalam gelung yang kecil boleh siap ada toilet. Kami ambil sea view suite, berbezanya dari yang biasa adalah ada extended space untuk ke bathroom yang siap dilengkapi dengan bath tub. Memang seronok mandi sebab rasa betul-betul nature, berlantaikan batu dan tanah tapi tetap berkonsepkan mewah. Love love love. Korang boleh book dekat Booking.com melalui link INI.
Common Facility | The Culvert ini betul-betul fokus dengan design of the hotel compound as a whole. Boleh dikatakan tak ada satu benda pun di sekitar hotel ni yang tak cantik dan unik. Tempat favourite kami ialah viewing deck, di mana korang boleh tengok sunset dan ombak pantai. Rekaan viewing deck ni sangat unik, tampak mewah bila kita ambil gambar. Selain itu, ada juga library, gym, surau dan dua kolam renang. Parking space pun luas, jadi tak ada masalah untuk yang bawa kereta.
Makanan | Kami tak dapat nak review makanan secara keseluruhan sebab kami ambil breakfast awal daripada masa yang ditetapkan sebab nak pergi hiking. Bagus sangat layanan hotel ni, bila kami maklumkan yang kami perlu bergerak awal pagi, mereka dah pack siap-siap makanan untuk kami dalam bekas ready to go. Kami dapat mi goreng, sosej dan hashbrown. Sedap semuanya!
Overall, korang tak boleh lepaskan peluang untuk stay di The Culvert Hotel Resort Kuching untuk rasai sendiri pengalaman yang luar biasa yang kami lalui!
1 comments:
Hi, greetings from The Culvert Hotel Resort Kuching! We saw your post about our hotel resort and the photos are great! Wonder if we could have your permission to reshare at our social media pages as well? 😊😊
Post a Comment