Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, November 29, 2022

Hotel Review : The Datai Langkawi | Hotel PALING MAHAL Kitorang Pernah Stay, Berbaloi Kah?

Assalamualaikum & hello sunchasers | Pada entry kali ni kami akan kongsikan pengalaman kami menginap di The Datai, Langkawi. Sememangnya pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai sekarang. The Datai ni merupakan salah sebuah hotel yang berada dalam kategori small luxury hotels of the world. Lokasi hotel ni agak jauh dari pekan, nun dekat kawasan hutan berdekatan dengan Andaman Sea. Yes, bersebelahan dengan Andaman Resort yang terbakar semasa pkp tempoh hari. 

Walau pun jauh ke dalam, terasa berbaloi sangat stay kat sini sebab pengalaman menginap di The Datai memang lain dari yang lain, terasa luxury dan dekat dengan nature. Kalau korang memang nak cari tempat yang jauh dari kesibukan kota, dekat dengan kehijauan flora dan fauna, dan dekat pula dengan pantai, inilah tempatnya. Seriously best!
Layanan & dekorasi bilik | Masa mula-mula sampai ke sana, kami disambut mesra oleh staff hotel. Mereka siap tolong parkingkan kereta dan ambil semua barang ke dalam. Terkial-kial juga kami berdua, maklumlah tak pernah lagi orang yang parkingkan kereta, jadi agak blur di situ. Kami sebenarnya sampai ke Langkawi agak awal, dalam jam 9 pagi. Tapi, alhamdulillah setelah mengubungi pihak hotel, mereka benarkan sahaja kami check in awal tanpa sebarang bayaran tambahan. Kami terus check in lebih kurang jam 10.30 pagi. Sementara menunggu bilik ready (tak lama pun, dalam 20 minit), kami disajikan dengan sedikit juadah ringkas dan tea. Staff hotel juga ramah menerangkan tentang sejarah hotel dan kemudahan yang terdapat di sini. Setelah bilik ready, kami dibawa ke bilik oleh seorang staff hotel dan dia kemudiannya menerangkan kepada kami tentang semua kemudahan yang terdapat di dalam bilik. Memang betul-betul lima bintang layanan staff di sini. 

Untuk stay kali ini, kami mengambil Canopy Deluxe Room, memang sangat luas lengkap dengan balkoni dan walk in closet. Pergh, macam mana lah agaknya kalau ambil vila kan! Moga-moga ada rezeki nak try stay di vila pula lepas ni. Semua perabot di dalam bilik diperbuat daripada kayu dan nampak mewah dengan gandingan frame dan lampu. Bab kebersihan tak payah cakap, sparkling clean. Di hadapan katil kami, terdapat ruang tamu kecil bersama sofa dan terhidang di atas meja sebakul buah-buahan. Yesza, boleh makan buah pulak panas-panas ni, lega! 


Dining Experience | Antara beberapa perkara yang korang kena tau sebelum datang ke The Datai ni ialah hotel ni terletak jauh ke dalam, rasanya dalam 40 minit daripada pekan. Once dah masuk ke hotel ni, rasanya agak susah sikit nak dapatkan makanan dari luar. Grab pun out of reach. Mungkin kena bawak sikit snacking dari luar untuk alas perut. Kalau nak selesa dari segi makanan,  boleh sahaja makan di dalam hotel, ada 6 jenis restaurant di situ. Tetapi harga pun bertaraf hotel lah ye, memang agak pricey sikit. Tapi sekali sekala apa salahnya kan, semuanya sedap-sedap! Bagi kami, pengalaman dinner di the Gulai House paling best, sebab kesemua menu bercirikan sajian melayu klasik. Kena pula dengan dekorasi restoran yang bercirikan rumah klasik melayu zaman dulu-dulu. Semua staff juga mengenakan pakaian tradisional dan membawa air cuci tangan ke meja. Memang betul-betul mengikut tradisi melayu. Untuk breakfast pula memang dah inclusive, boleh tahan menu dasyat-dasyat juga. Makanan buffet ada, nak order pun boleh juga. 



Perfect Stay for Nature Lover | Personally, The Datai boleh dikatakan a comple package sebab korang boleh buat macam-macam aktiviti kat sana. Lebih-lebih lagi kalau korang adalah nature lover. The Datai ni sangat luas dan menjadi habitat banyak sangat spesis flora & fauna. Korang boleh je naik buggy dan minta staff bawa korang tour, memang best. Kami juga dimaklumkan oleh staff di sana yang The Datai mempunya sistem waste management tersendiri. Boleh dikatakan hampir semua waste product digunakan kembali di hotel untuk tujuan siram pokok, pembuatan baja dan, inovasi kitar semula dan sebagainya. Kami juga berkesempatan melewati The Labs iaitu sebuah rumah yang didirikan dengan menggunakan semua barang-barang yang boleh dikitar semula. Dinding rumah tersebut diperbuat daripada used wine, champagne, beer and liquor bottles. Interior dan exterior bangunan ini pula dibuat menggunakan crushed plastics. Memang unik! The Lab ni digunakan sebagai workshop pembuatan barang-barang terpakai. Korang boleh join guided tour The Lab ni kalau nak tau dengan lebih lanjut.




Complimentary watersport activities | Antara aktiviti menarik yang korang boleh buat dekat hotel ini ialah watersport activities. Kalau pergi Langkawi dan tak pergi pantai memang tak sah, betul tak? Tapi yang lagi best dekat sini adalah semua watersport activities yang disediakan adalah complimentary to your stay. Percuma weh! Jarang kan kita tengok hotel bagi naik kayak secara percuma dan tak ada time limit. Well, dekat the Datai macam-macam korang boleh buat. Ada snorkeling gear juga disediakan kat situ, tapi kami tak cuba pun jadi tak boleh nak bagi review boleh nampak coral ke tak dekat laut. Kami pilih untuk ambil double kayak, senang je proses, korang cuma maklumkan dekat guide dan dia akan bagi life jacket. Lepas tu, berkayaklah korang sampai lebam. Jauh la juga kami berkayak, closed to satu pulau kecil ni, lepas tu kami patah balik. Pada sebelah petang, kami keluar sekali lagi untuk jalan-jalan di Butterfly Walk sambil melihat keindahan flora dan aktiviti petang kami disudahi dengan aktiviti wajib iaitu mandi kolam. 



HIGHLY RECOMMENDED | Secara keseluruhannya pengalaman di The Datai Langkawi memang jauh berbeza dan agak luar biasa berbanding hotel-hotel yang pernah kami lawati sebelum ini. Layanan dari staff dan design hotel secara keseluruhan adalah TERBAIK. Btw, untuk makluman korang, kitorang berkunjung ke The Datai ini bukan lah dalam kapasiti sebagai travel blogger, in case you guys are wondering kalau-kalau layanan yang kami dapat ni adalah sebab datang buat review ke kan, hehe. So, tunggu apa lagi, cuti sekolah dah nak dekat ni, jangan lupa book your stay at The Datai, Langkawi!
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: