Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, September 25, 2022

Nasi Kandar "Drive Thru" Yang Pertama di Malaysia?

Assalamualaikum & Hello Sunchasers! Bertemu lagi kita di entri yang terbaru. Haa, macam yang korang baca tajuk kat atas tu lah. Nasi Kandaq Drive Thru yang pertama di Malaysia? Biar betik! Drive thru yang macam rantaian restoran Mekdi dan Kepci tu ke? Ya, korang..yaa.. entri kali nie meh saya nak share pasal the very first drive thru nasi kandaq in Malaysia.

Korang semua pernah datang sini tak? Selalu kalau kita bercerita pasal nasi kandaq nie memang tak lari lah dengan kedai mamak yang berfungsi sebagai latar tempat kan. Pernah dengar nama restoran Nasi Kandar Hussain tak? Ia merupakan salah satu restoran nasi kandar yang popular dalam kalangan penggemar nasi kandar yang berada di Sungai Petani, Kedah. Tapi yang dekat SP tak ada perkhidmatan pandu lalu. Bezanya pada kali ini ialah anda sudah boleh memesan hidangan nasi kandaq tanpa perlu turun dari kereta pun, ya betull..sebab Restoran Nasi Kandaq Hussain yang terletak di Caltex tol Sg Dua, Pulau Pinang (menghala arah selatan) nie menawarkan perkhidmatan secara pandu lalu tau. memang sungguh efisien bak hang. Part paling best, restoran nie dibuka seawal jam 7.00 am tau. 



Untuk kali nie, saya bersyukur sebab diberi rezeki untuk datang dan menikmati sendiri nasi kandaq Hussain di sini. Tanpa membuang masa, saya masuk ke dalam restoran untuk memesan nasi kandar kegemaran saya. Saya tanya di kaunter, apa yang istimewa kat sini dan depa menjawab ‘Nasi Briyani Lauk Ayam Kampung’.

okay,bagi satu nasi briyani ayam kampung”. Kata saya kepada mamak di kaunter dengan pantas kerana telah kecur air liur.

Kemudian, saya memilih tempat duduk yang berada di tengah-tengah kawasan restoran. Suasana di dalam restoran memang agak nyaman dan sejuk kerana ada pendingin hawa meskipun di luar dilimpahi cahaya matahari yang panas. Saiz ayam kampung memang terbukti agak besar, nasi briyani nya pula memang sedap sekali. Dalam pinggan saya, ada kari ayam kampung, nasi briyani, sayur kobis, acar jelatah, telur rebus dan kuah campur. 



Oleh kerana cuaca di luar agak panas, maka saya memesan minuman berkarbonat Coke sebagai penyejuk badan. Perrghh, memang betul-betul menghilangkan dahaga saya waktu tu. Semua itu hanya berjumlah lebih kurang RM 18. Selesai makan, saya ke kereta. Dalam kereta, alhamdulillah memang saya kenyang tetapi nafsu makan saya kuat menyatakan adalah amat rugi jika tidak dibawa sebungkus untuk di rumah. Maka dengan pantas, saya menghidupkan enjin kereta dan segera menggunakan laluan pandu lalu di sini. Wow, servis yang sungguh mudah, pantas dan efisien daripada proses awal sehinggalah kepada penerimaan bungkusan nasi kandaq kepada saya.




Hasil peraman bungkusan tersebut pun tidaklah mengecewakan bahkan sangat-sangat lah sedap ketika dinikmati di rumah. In shaa Allah lain kali saya pasti singgah lagi.hehe. semoga berjumpa di lain entri, saya Aiman Thumb mengundur diri, Assalamualaikum.
Previous Post
Next Post

post written by:

Facebook : https://www.facebook.com/aiman.azami.7/about

0 comments: