Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, December 31, 2021

8 Aktiviti Wajib Buat Jika Jalan Jalan Cari Makan Di Bandar Melaka | Rujukan untuk First-timer!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat belaka ya. Entri ini ditulis pada 1:21am pada tarikh 1/1/2022. Jadi sebelum apa-apa, kami nak ucapkan selamat tahun baru kepada korang semua pembaca di CTS. We hope that 2021 was nice to all of you guys despite of everything that happened and we wish that 2022 will be much much much better for everyone here! 

Ok, kembali kepada entri blog pertama untuk tahun 2022! Seperti tahun tahun yang lepas, kami Hana Kimi akan buat annual year end CTS roadtrip yang mana bertujuan untuk meraikan penghujung tahun dan juga bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami. Untuk tahun 2021, destinasi roadtrip kami adalah, Melaka! 

Trip kali ni agak menarik sebab kami dapat explore Melaka dengan perspektif yang sedikit berbeza. Untuk pengetahuan korang, kami berdua pernah duduk di Melaka sebelum ni. Hana stay di Melaka waktu kecil dulu, dan Kimi pula stay di Melaka waktu asasi. Jadi Melaka memang tak asing buat kami. Tapi kalini kami pergi memang untuk explore sebagai pelancong. Kami pergi dengan para penulis di CTS (Aiman, Nurul & Nashrik). We had a really good time and so , Jom kami kongsikan dengan korang aktiviti yang kami buat dan korang kena buat kalau ada short trip ke Melaka.


1. Nikmati Cendol di Cendol Kampung Hulu.
Lokasi pertama kami setiba di Melaka adalah Cendol Kampung Hulu yang terletak di tengah tengah kota Melaka dan bersebelahan dengan Sungai Melaka. Boleh search jugak Makan Avenue sebab diorang berkongsi bangunan. Kami sampai situ sedikit awal jadi masih belum ramai orang beratur waktu tu. In fact, waiting time tak sampai 10 minit pun. Jadi korang kalau nak try cendol padu kat sini, kena adjust timing betul-betul okay. Kalau tak, bercerau jugak beratur. Anyway, cendol dia unik sebab dia bukan letak santan atas ais tu, tp santan tu dah dibekukan jadi ice jadi bila diorang shave ice tu, dah terus dapat sekali santan. Cendol dia lebih kurang macam aiskrim. Must try!


2. Jalan Jalan dan OOTD Di Sepanjang Tepian Sungai Melaka
Selepas makan cendol, kami bergerak pula ke laluan pejalan kaki yang disediakan di sepanjang tepian Sungai Melaka tu. Memang betul-betul bersebelahan dengan kedai cendol tadi. Walaupun waktu tu tengah hari dan panas, kami gagahkan jugak berjalan sebab alang-alang dah ada di area situ kan. Also, motivasi yang kami ada waktu tu adalah untuk bakar kalori-kalori dari santan cendol sebentar tadi. Sepanjang laluan ni, ada bangunan2 lama yang cantik dan juga street art yang menarik untuk kita lihat dan tangkap gambar. Boleh juga OOTD kat sini. Serious lawa! 


3. Pekena Asam Pedas di Asam Pedas Lagenda
Oraits, setelah "semua" kalori daripada cendol tadi dibakar "sepenuhnya", sudah tiba masa untuk makan tengah hari. Memang tak kena kalau datang Melaka tapi tak makan Asam Pedas kan, jadi kami memang sepakat dah untuk makan dekat any restoran asam pedas yang berdekatan area Bandar Melaka ni. Cari punya cari, kami akhirnya singgah di Asam Pedas Lagenda. Alhamdulillah, waktu kami sampai tu orang masih belum ramai, masuk terus dapat tempat duduk. Kami order basically semua jenis menu asam pedas (ikan tenggiri, telur ikan mayong dan tenggiri, tetel dan pari) yang diorang ada, ni kelebihan travel berkumpulan! Waiting time tak sampai 10 minit, dan semua yang kami order memang sedap! Silakan try okay!



4. Cuba Coconut Shake Batu Berendam 
Sesudah makan tengah hari, waktu pun dah sesuai untuk kami check-in di Rimba Jonker @ Jonker Street (Hotel Tour coming soon). Jadi, dalam perjalan menuju ke area town semula, kami sempat singgah sebentar di Batu Berendam untuk cuba the famous Coconut Shake Batu Berendam. Orang yang beratur sangat ramai dan line pun agak panjang, itu petanda yang kami berada di lokasi yang tepat. Terus beratur dan rupa - rupanya waiting time tak lama pun. Mungkin sebab pekerja diorang ramai dan diorang mmg non-stop dok blend coconut shake tu. Waiting time around 15 minutes dekat queue dan sampai di kaunter, terus order, bayar dan ambik coconut shake. Lepas try coconut shake Batu Berendam ni, Hana kata, yang ni lagi sedap dari yang dekat Klebang. Benarkahh?


5. Ronda Ronda di Jonker Street.
Selepas check-in dan berehat sebentar, aktiviti disambung semula dengan berjalan kaki menuju ke Jonker Street. Hotel yang kami stay kali ni, literally less than 5 minutes away dari Jonker Street, jadi semestinya lah kami jalan kaki sahaja pergi ke Jonker Street. Ini adalah kali pertama kami experience Jonker Street, rupa rupanya dahsyat ya Jonker Street ni. Macam macam ada! Kami jalan terus sampai ke area Stadhuys untuk lihat tapak tapak dan bangunan bersejarah sekitar situ. Malam dalam pukul 10 baru kami sampai ke bilik semula. This part of the experience was really eye-opening!



6. Pilih Kopi 13 Negeri di Calanthe Art Coffee
Sebenarnya, disekitar Jonker Walk ataupun Jonker Street tu, ada beberapa port menarik yang korang kena cuba kalau dah sampai situ. Salah satunya adalah Calanthe Art Coffee ni yang terkenal dengan Kopi 13 Negeri diorang. Kami memang datang semata mata untuk kopi sahaja. Cafe ni memang hipstur level 999 la kalau dilihatkan pada dekorasi dalaman dia. Luar nampak kecik tapi dalam rupanya besar! Untuk yang Kopi 13 Negeri tu, since kami ada lima orang, setiap sorang pilih satu negeri, so kami order Kopi Perak, Penang, Terengganu, Kedah dan Melaka. Nak describe satu satu kopi tu agak complicated sikit, jadi korang boleh la try sendiri ya. It's a unique experience for sure!


7. Rasai Keunikan Laksa Baba Nyonya di Jonker 88
Lokasi seterusnya ni sebenarnya kami datang keesokan harinya. Selain dari masakan asam pedas, makanan yang kami nak cuba adalah Laksa Baba Nyonya, dan berdasarkan saranan, terdapat satu lokasi yang best untuk try laksa baba nyonya ni iaitu Jonker 88. Kami pergi agak awal lebih kurang jam 10am, waktu tu pun dah beratur yang pelanggan pelanggan dekat depan kedai. Tapi waiting time tak lama, around 20 minit dah dapat masuk. Kepada hantu hantu laksa, korang kena try laksa baba nyonya ni. Kami cuba beberapa jenis laksa yang diorang ada, laksa baba, asam laksa dan laksa kahwin. Semuanya padu guys! Kimi yang tak suka Laksa pun boleh tersuka laksa haritu. Ini mungkin permulaan kepada foodhunting makanan baba nyonya di CTS selepas ni. 


8. Makan Malam Di Ikan Bakar Parameswara
Akhir sekali, lokasi seterusnya ini terletak sedikit jauh daripada lokasi lokasi yang kami senaraikan diatas. Tapi Melaka ni kecik saja guys, so jauh tu sebenarnya tak jauh sangat pun. Ikan Bakar Parameswara ni memang antara lokasi yang banyak disarankan bila kami google port makan malam best di Melaka, jadi kami pun teringin la nak join the hype kan. Restorannya memang sangat besar dan semua meja penuh! Tapi jangan risau, diorang ada sistem yang baik dan semua order memang sampai ke meja. Kami cuba ikan siakap tiga rasa, kerang bakar, tomyam dan khailan ikan masin. Pretty basic order. haha. Semua sedap and they deserve the hype! 


Ok guys, itulah 8 aktiviti yang kami buat sepanjang trip kami di Melaka dan seperti yang tertera di tajuk entri ni, ini adalah senarai untuk first timer yang tak tahu nak mula dari mana bila plan trip ke Melaka. Boleh tambah macam-macam lagi aktiviti kalau korang ada tenaga dan masa okay! Untuk hotel penginapan, we stayed at Rimba Jonker dan juga The Majestic Melaka, hotel tour untuk kedua-dua ni akan kami up sebentar lagi di CTS. Terima kasih kerana membaca and have a wonderful trip in Melaka! Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: