Jom Bercuti Bersama KOPETRO!

Sunday, November 7, 2021

Hotel Tour #14 : Ehsan Seaview Hotel , Port Dickson | Sesuai Untuk Korang Tengok View Sunset Thorbaik!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Hujung minggu ni (30/10/2021 - 31/10/2021), kitorang ke Port Dickson pulak. Duk scroll scroll FB, ternampak page Ehsan Seaview Hotel lintas di newsfeed.

Hotel ni menarik perhatian sbb terletak betul2 di tepi pantai. Alamatnya di Batu 1,Port Dickson. Ia adalah refurbished hotel, dulunya dikenali sebagai Legacy Hotel, PD. Ehsan Seaview baru mula beroperasi 15 Okt 2021.Belum beroperasi sepenuhnya, buat masa sekarang lebih kurang 60 bilik telah mula digunakan. Masih banyak bilik yg masih dibaiki dan dinaiktaraf setelah sekian lama MCO.


Booking Kami booking hotel melalui whatsapp, En Ridzuan(0129603434).Memandangkan booking last minit, bilik yg available utk tarikh 30/10/21-31/10/21 hanyalah bilik standard. Harga utk bilik standard hanya RM168 termasuk breakfast buffet utk 2 orang. Next time kalau korg nak pergi , book awal2 bilik seaview.


Bilik Bilik ni ada 1 katil queen lengkap dengan hot shower, bath tub,basic toiletries, hairdryer, mini fridge. Interior bilik sepadan harganya, perabotnya kayu, yang penting selesa. Ada balcony, cuma tak nampak laut. Untung siapa dapat bilik seaview, bole chill di balcony menghadap laut.



Breakfast buffet |  Breakfast disediakan secara buffet. Ada nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, scrambled egg, sosej, roti bakar, kuih muih melayu, buah buahan & minuman. Pada saya, agak meriah pilihan breakfast yg disediakan berpatutan dgn harganya.


Swimming poolPada saya, swimming pool di ehsan seaview adalah salah satu bonus point. Poolnya menghadap ke laut dan bole berjalan kurang 1 meter utk ke pantai.Bole mandi pool smpai enjoy sunset ptg. Cantik sangat. Pantai agak private, takde org luar di situ. Ada yg bawak tikar bentang utk berpicnic, ada yg siap pasang khemah di persisiran pasir.




Staff
|  
Semua staff di Ehsan Seaview sgt membantu dan murah senyuman. Urusan check in & check out sgt mudah. Manager hotel, En Ridzuan sangat ramah, selalu greet customer yg lalu di lobi, pool/pantai.

So, overall, 5 Bintang! Akan repeat lagi? Definitely, of course akan book bilik seaview next time. Itu saja buat kali ni. Jumpa lagi!
Latest
Next Post

post written by:

0 comments: