Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, October 29, 2021

Pengalaman Sunset Walk di The Habitat Penang Hill | A MUST Try Experience For Nature Lovers!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | So baru - baru ni kitorang pergi staycation di Penang, sejak dah boleh rentas negeri ni memang balas dendam sungguh. Rasanya setiap minggu pergi staycation! haha. Takpa, sementara mampu dan selagi boleh kita bantu untuk meriahkan balik tourism industry di Malaysia ni. Untuk staycation ni, kami stay di Macalister Hotel (post untuk hotel tour sedang dikarang buat masa ini). Semestinya lokasi yang wajib dikunjungi bila dah sampai Penang ni, haruslah Penang Hill dan lebih spesifik lagi, The Habitat

Ni dah kali ketiga kami datang ke The Habitat dan setiap lawatan kami tu kami cuba aktiviti yang berbeza dekat sini. Untuk staycation kali ni, kami cuba Sunset Walk @ The Habitat. Spoiler alert, it was an amazing experience!


Memandangkan objektif utama untuk Sunset Walk ni adalah untuk tengok sunset (duhhh), jadi kami pilih untuk datang ke Penang Hill sedikit lewat. Kami sampai masa tu dah pukul 5.45pm macamtu. Beli tiket dan tunggu turn untuk naik train ke top station Penang Hill mengambil masa 30 minit haritu, agak ramai juga orang haritu tapi not too bad. 

Sampai sahaja di counter The Habitat, perkara pertama yang kami tanya "view clear tak harini?" dan Alhamdulillah nasib kami baik, haritu view clear dan memang boleh nampak sunset. Make sure korang tanya dekat counter tiket tu tau! 


Memandangkan kami dah sedikit terlambat, jadi selepas dapat tiket, kami terus pecut melalui Langur Way Canopy Walk menuju ke Curtis Crest Tree Top Walk sebab ini adalah point paling tinggi di The Habitat. Pemandangan sunset akan kelihatan paling jelas dan cantik di Curtis Crest Tree Top Walk. Kami sampai betul betul on time dan dapatlah tengok view sunset yang superb kat atas sana, mari tengok.








Kami stay kat atas tu selama lebih kurang 30 minit sehingga gelap , rasanya 7:30pm waktu tu. Dan staff The Habitat panggil turun untuk guide kami kembali ke entrance utama diorang. Jgn risau, dekat atas tu ada surau, jadi korang boleh terus jalan ke surau untuk solat Maghrib. Train turun dari Penang Hill pun masih ada (last train pukul 9:00pm kalau tak silap).


Kepada pencita alam dan korang yang nak feeling melancholy layan sunset atas puncak Penang Hill, this experience is so very recommended! Korang boleh beli tiket di website The Habitat ni. Kalau nak jalan sekitar The Habitat dulu, korang datanglah awal sikit ok, jangan lambat2 macam kami! Haha. Harap korang enjoy experince tu nanti (surely you will!).  Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: