Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, September 23, 2021

Tempat Makan Best Di Kota Bharu | Top 5 Restoran Nasi Kandar di KB!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Rakyat Malaysia secara umumnya memang suka makan. Sebut saja Nasi Kandar, saya percaya ramai sangat yang tak pernah tak makan bukan? Nasi kandar atau lebih sinonim disebut sebagai ‘Nasi Kandaq’ memang  berasal dari Pulau Pinang. Mengikut catatan sejarah, ianya dibawa oleh golongan lelaki-lelaki India Ketika menaiki kapal (juga dipanggil ‘Mamak Tongkang’) Ketika datang ke Tanah Melayu.

Itu cerita bab dulu-dulu lah, tapi sekarang nie nasi kandaq bukan hanya boleh didapati di negeri-negeri utara tanah air tetapi dah berada di banyak negeri-negeri dalam Malaysia nie tau. Jangan pulak terkejut apabila saya bagitau dekat Kelantan pun dah makin banyak wujud kedai-kedai dan restoran-restoran nasi kandaq tau. Dalam entri kali ini saya akan senaraikan beberapa buah kedai dan restoran yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang nie
Jom kita mula!



1. LC Nasi Kandar Wakaf Che Yeh

Peminat nasi kandaq mesti tahu mengenai restoran nasi kandaq nama Line Clear kan? Restoran nasi kandaq yang berasal dari Pulau Pinang ini sudah berjaya membuka cawangan mereka di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kali ini pula melebarkan lagi sayapnya ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Memilih Wakaf Che Yeh sebagai lokasi terbaharu cawangan restoran mereka benar merupakan langkah yang bijak kerana lokasi tersebut merupakan antara hotspot buat para pelancong yang berkunjung ke Kota Bharu. Ini menjadikan restoran mereka sering dikunjungi oleh orang ramai. Untuk korang yang bakal bercuti ke Kota Bharu, nanti boleh lah cuba nasi kandaq LC kat sini ya, dijamin rasanya sama saja dengan yang di Pulau Pinang punya. Hehe


Lokasi : Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
Keistimewaan : Kari Kepala Ikan & Briyani Kambing

 2. Nasi Kandar Melayu N.Iman

Selain daripada nasi kandaq masakan Mamak ataupun India Muslim, restoran ini juga menawarkan hidangan nasi kandaq cuma bezanya hanyalah kali ini, masakan dari orang Melayu kita sendiri. Hasil risikan, rupa-rupanya restoran ini merupakan lokasi kegemaran Nasi Kandaq hunters tempatan. Boleh dikatakan 8 daripada 10 orang memilih restoran nie untuk port makan nasi kandaq mereka tau! Rasa nasi kandaq yang tipikal disebatikan dengan selera tempatan merupakan antara faktor kenapa restoran ini laku keras. Serius korang patut cuba sekurang-kurangnya sekali tau! Hehe


Lokasi : Tanjung Chat, Kota Bharu. (Berdekatan Kompleks Sekolah)
Keistimewaan : Ayam Goreng Berempah & Kari Gearbox Kambing

3. Nasi Kandar KB Selera Melayu

Mendengar dari nama kedainya sahaja sudahpun menerangkan perwatakan nasi kandaq ini. Tak jauh beza dengan nasi kandaq melayu yang lain, restoran ini juga menawarkan nasi kandaq yang tak kurang hebatnya dari segi rasa. Pergaulan rasa antara selera mamak dengan melayu mencetuskan sensasi yang superb di dalam mulut. Bau rempah karinya wangi, sudah cukup membuatkan korang semua terliur,hehe.

Antara keistimewaan di restoran nie, mereka menyediakan pilihan lauk yang banyak macam suasana yang selalu kita tengok kalau kat kedai mamak tu lah. Antara lauk yang menjadi pilihan penggemar di sini ialah Ayam Goreng berempah dan kari sotong. Saiz sotong kat sini besaq-besaq bak hang!


Lokasi : Jalan Kebun Sultan ( berdekatan dengan Dewan Perniagaan Cina)
Keistimewaan : Ayam Goreng Berempah & Kari Sotong

 4. Nasi Kandar Hussin Beratur

Haa, korang jangan pula duk ingat Nasi Kandaq Hussain kat Sungai Petani Kedah nuh. Sesungguhnya mereka berdua nie tak dak kena mengena pun antara satu sama lain. Tapi jangan silap percaturan, kalau dari segi rasa, nasi Kandaq Hussin beratur di Kota Bharu nie tak jauh kalah pun dengan yang dekat SP tu tau bahkan sedap juga kat sini, hehe. Juga beroperasi di Wakaf Che Yeh, sekali lagi lokasi menjadi faktor kenapa nasi kandaq di kedai mudah dipandang oleh warga tempatan. Betul lah orang kata, kalau nak berniaga nie memang kena tengok lokasi juga. Haha.

Kombinasi ayam goreng berempah dan daging masak hitam serta kuah campur memang benar-benar menjadikan orang yang kenyang pun boleh lapar balik. Jadi memang tak rugi kalau korang cuba sekali rasa nasi kandaq di sini.


Lokasi : Wakaf Che Yeh (berhadapan RTM Kelantan)
Keistimewaan : Ayam Goreng Berempah & Daging Masak Hitam.

5. Nasi Kandar Daun Pisang Tali Air

Sejujurnya saya tak rancang pun nak datang sini, tapi sebaliknya saya terserempak jer dengan kedai nie sewaktu menggunakan laluan dalam sebuah kampung. Berada betul-betul di seberang tali air yang panjang, saya rasa mungkin sebab tu lah dinamakan kedai nie dengan nama yang sebegitu. Kedai nie kecil saja, mungkin atas dasar berada dalam kampung yang tidaklah begitu besar. Dah alang-alang jumpa kedai nasi kandaq,lepastu tengah waktunya makan tengahari pulak, saya pun bungkuslah satu. Saya ambil lauk ayam goreng berempah dan kuah kari ikan.

Perghh, memang betul-betul underrated lah nasi kandaq nie. Bayangkan sebungkus nasi kandaq berlaukkan ayam goreng berempah, sayur tauge,mini papadom serta kuah kari ikan banjir Cuma berharga RM5 guys! Murah benorrr… Di lain hari, memang saya repeat lagi lah jawabnya Cuma kali nie saya cuba lauk Ayam Masala pulak. Nasi kandaq di sini lebih kepada cita rasa nasi daun pisang masakan India dan tidaklah terlalu ke’mamak’kan buat saya tapi jujur cakap memang sedap dan cukup rasa. Korang boleh je cuba nasi kandaq di kedai yang sangat humble nie waktu singgah di Kota Bharu nie.



Lokasi : Berek 12, Kota Bharu (berhadapan tali air)
Keistimewaan : Ayam Masala & Kari Kepala Ikan

Baiklah, sekian sahaja entri kali ini. Senarai di atas merupakan pengalaman dan pendapat saya sahaja, kalau ada di antara korang yang tak bersetuju, saya minta maaf. Tapi, adalah lagi baik jika kita raikan selera semua orang kan? Barulah hidup lebih rukun dan damai, tak gitu? Hehe. Assalamualaikum #hidupnasikandaq #nasikandaqhunters #thisiskotabharu

 

 

Previous Post
Next Post

post written by:

Facebook : https://www.facebook.com/aiman.azami.7/about

0 comments: