Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, July 25, 2021

Update from Chasing The Sun | Kimi Masuk TV3 and MORE!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat ya. Insha Allah, sama samalah kita jaga diri masing masing dan harapnya ada lah cahaya dan hikmah disebalik pengorbanan dan kesukaran yang kita hadapi ni.

Seperti yang korang boleh tengok di blog kami ni, kami pun macam dah hilang semangat sekejap untuk update anything kat sini. Well sebenarnya bukan dah hilang semangat, cuma literally dah tak boleh nak travel, so tiadalah cerita yang nak dikongsi.

Anyway, entri kali ni sekadar nak kongsi sedikit update terbaru dari kami berkaitan (mungkin ada yang tak berapa nak berkaitan sangat) dengan blog ni. Korang layan sajalah ya.


1. Kimi Masuk TV | Baru baru ni kalau korang tengok I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 Episode 9, tetiba ada muka Kimi kat dalam tu masuk sebagai "Penyanyi Sebenar" dan membawa watak Travel Blogger. Memang lain macam sungguh pengalaman recording untuk rancangan TV ni. Dan waktu tayangan tu, berdebar dia dah hampir sama macam berdebar nak kahwin oi! haha. ICYVM MUSIM 4 EPISODE 9 

Ada yang tanya, kenapa tak plug or sebut nama blog waktu show tu berlangsung. Well actually, tak dibenarkan pun nak plug blog waktu tu, so thats why. Apa apa pun, it was a good experience! Tapi takmau dahhh go through the nervousness!


2. Chasing The Sun Bakal Pindah Office | Untuk pengetahuan korang, kami bakal berpindah ke rumah baru, InshaAllah pertengahan bulan 8 ni. Process pembelian dah hampir sangat nak selesai tapi sebab PKP, beberapa step akhir tergendala seketika. Doakan semuanya berjalan lancar ya! Kalau ada peluang, nanti kami buat a little house and office tour okay. 

Sekarang kami berdua menetap di Sungai Karangan dan bakal pindah ke kawasan Lunas. Setelah beberapa bulan process survey dan berbincang antara kami, akhirnya kami decide untuk beli satu unit banglo di Taman Makmur Indah, Lunas. InshaAllah, ni property pertama dan harapnya bukan terakhir. Doakan ya! Nanti di rumah baru tu kami akan buat a proper office dan mungkin juga ada studio untuk rakaman video or something like that. Ada banyak juga plan untuk content baru di Chasing The Sun ni yang bakal kita shoot dekat office baru tu nanti. 


3. Working on Merchandise | So project yang ni sebenarnya nak tunggu masuk new office baru nak launch tapi memandangkan kami dah excited sangat, kami just order dulu sehelai dua untuk kami pakai sendiri. Disclaimer, design dan brand tshirt masih lagi dalam process trial and error. Nanti kami buat survey sikit dekat FB Page dan Group untuk tengok sambutan. Mungkin kami boleh incorporate some charity work juga dalam project ni. Kita tengok macammana jadinya nanti ya. Btw, yang kami dah order untuk kami pakai, designnya adalah seperti bawah ni.


So, itulah sedikit sebanyak update dari kami Hana Kimi untuk korang kawan-kawan kami yang mengikuti perkembangan kami di sini. Sama samalah kita doakan semoga Allah sembuhkan negara kita dan dunia ni dari wabak covid19 ni. Kami harap korang semua tak putus asa dan tolong jaga kesihatan fizikal dan mental masing masing ya. Kalau ada yang perlukan bantuan, boleh contact kami. Kalau kami mampu bantu, inshAllah kami bantu. Itu sahaja untuk update ringkas ini. Thank you for reading. Assalamualaikum.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: