Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, December 24, 2020

Pertama Kali Cuba Pais Tempoyak Ikan Patin di Restoran Go'Bang Maju, Temerloh | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Ini adalah sambungan roadtrip kami. Dalam perjalanan pulang dari Gambang, Kimi contact rakan sekelas waktu UPM dulu, Wan Besut. Beliau sekarang berada di Jengka, Pahang dan beliau ajak jumpa untuk pekena Ikan Patin Masak Tempoyak di Restoran Go'Bang Maju, Temerloh. Katanya Patin Masak Tempoyak kat situ antara yang terpadu di Temerloh. Kami pun apa lagi, onz saja! Korang boleh masukkan restoran ni dalam senarai tempat makan best di Temerloh ok!


Kedainya besar dan tempat duduk banyak, jadi takda masalah langsung untuk kami dapatkan meja dan kerusi. Lauk pauk pun dah tersedia diasingkan didalam mangkuk dan pinggan, tinggal untuk dipilih dan diambil pelanggan sahaja.




Nak dijadikan cerita kami punyalah excited nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak, tapi tersilap pergi ambil Patin Masak Lemak Cili Api! Aduhaii.. Dah habis makan baru kami semua sedar, kenapa tak rasa tempoyak langsung ek lauk ni. Rupanya salah lauk oi! Hahaha.. Pekat lain macam ja kuah dia. Nasib baiklah Wan ada ambik lauk yang terpaling sedap di meja kami pada haritu, iaitu Pais Tempoyak Ikan Patin. Ni kali pertama kami cuba Pais Patin Tempoyak , padu teruk weh. Dimanakah Pais patin tempoyak ni selama hidup kami 27 tahun ni. Haha. So kalau korang datang ke Restoran Go'Bang Maju Temerloh ni, wajib ambik lauk ni okay! Memang kami rekemen sangat sangat, lebih lebih lagi kepada korang penggemar tempoyak!


Dalam perjumpaan sekejap tu sempatlah kami masing masing catch up dengan perkembangan career dan hidup masing masing. Wan ni antara rakan yang rapat lah dulu masa di UPM. Rasanya dulu selalu jugaklah tumpang kereta Wan. Alhamdulillah sekarang masing masing dah berkeluarga. Bangga tengok Wan pun dah berjaya bina career sebagai pendidik anak bangsa. InshaAllah ada rezeki nanti kita jumpa lagi!


Perjalanan kami bersambung semula ke utara. Lokasi yang dituju adalah Pulau Pinang. Kami akan spend 2 malam di Pulau Pinang sebab ada dapat jemputan untuk menetap di satu hotel yang sangat unik! Nantikan update selanjutnya ya.

Sepertimana yang kami maklumkan dalam entri sebelum ni, Roadtrip kami kalini telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car (PRAC) Sdn. Bhd. Tahun ni kami roadtrip with style sikit lah sebab dapat naik Toyota Camry! Haha. Memang seronok bawa kereta mahai ni! Tak terasa penat walaupun drive like jauh gila. Untuk korang yang nak mengunakan service kereta sewa, boleh dapatkan diskaun 10% dengan mengunakan Promo Code kami iaitu "TCSXPRAC" sewaktu membuat tempahan ya! Boleh tempah di website PRAC(https://www.iprac.com/) ataupun boleh email terus di reservation@iprac.com. Promo code ni valid sehingga March 2021 sahaja tau! #PRACMalaysia #CarRental #RentACar

Ok guys! Itu sahaja untuk kalini. Kita jumpa di entri selanjutnya ya! Have a great day!



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: