Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, December 22, 2020

Hotel Tour #9 : Little Kampung Studio Bertemakan Rumah Kampung Klasik | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Untuk stay kami di Teluk Intan, agak sedikit terlewat kami book sebab pada mulanya kami tak confirm lagi untuk stay di mana pada 18/12/2020 tu. Jadi, sejurus selepas kami buat keputusan untuk bermalam di Teluk Intan, kami terus buka Booking.com dan mula cari hotel. While scrolling down the options, ada satu hotel yang berjaya menangkap perhatian kami. Hotelnya adalah Little Kampung Studio Hotel

Little Kampung Studio, Teluk Intan

Perkara pertama yang buat kami tertarik adalah design hotel tu sendiri yang mengambil konsep rumah kampung klassik. Memang kita terasa ibarat berada di rumah kampung la bila lihat dari luar mahupun bila berada di dalam bilik. Feeling kampung tapi versi rumah ketua kampung la senang kata. So, kuddos on the design, deco and the whole theme. 

Little Kampung Studio, Teluk Intan

Little Kampung Studio, Teluk Intan

Little Kampung Studio, Teluk Intan







Another thing yang best tentang hotel ni adalah setiap bilik tu ada garage private masing2 yang terletak di bawah bilik. Haaa so takda la kerisauan takut nak keluar sebab taknak orang lain curi parking spot korang kan! Garage tu pulak pintunya dikawal mengunakan remote control. Very convenient! 


Haaa satu benda yang menarik lagi, pintu biliknya tak pakai kunci tau. Korang tutup dan buka guna password ja. Another very sweet detail sebab tak perlu lagi nak risau takut tersilap letak kunci or whatever, korang hafal jer number tu atau snap jer masuk phone.



Kami nak jugak nak highlight betapa peramah dan helpfulnya the receptionist di hotel ni, nama beliau Wan. Dia sangat cheerful dan mesra and it just completes the whole experience and we left with positive feelings. So, kalau bosses from Little Kampung Studio are reading this, bagi bonus lebih sikit dekat Wan ok! Haha.  

Ok guys, kalau korang nak book datang Teluk Intan untuk tengok Menara Condong or jalan-jalan cari makan, boleh la consider untuk stay di Little Kampung Studio ni okay! Kami tinggalkan link Facebook diorang di sini kalau korang nak book.. Korang boleh jugak book di Agoda, Booking.com, terpulang lah mana satu yang convenient untuk korang. Facebook Little Kampung Studio.

Sepertimana yang kami maklumkan dalam entri sebelum ni, Roadtrip kami kalini telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car (PRAC) Sdn. Bhd. Tahun ni kami roadtrip with style sikit lah sebab dapat naik Toyota Camry! Haha. Memang seronok bawa kereta mahai ni! Tak terasa penat walaupun drive like jauh gila. Untuk korang yang nak mengunakan service kereta sewa, boleh dapatkan diskaun 10% dengan mengunakan Promo Code kami iaitu  "TCSXPRAC" sewaktu membuat tempahan ya! Boleh tempah di website PRAC (https://www.iprac.com/) ataupun boleh email terus di reservation@iprac.com . Promo code ni valid sehingga March 2021 sahaja tau! #PRACMalaysia #CarRental #RentACar

Ok guys! Itu sahaja untuk kalini. Kita jumpa di entri selanjutnya ya! Have a great day!






Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: