Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, December 23, 2020

Hotel Tour #10 : Mangala Resort & Spa , Hotel Termahal Kitorang Pernah Stay | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dari Kulim kami masuk ke Pulau Pinang untuk ambik kereta dari PRAC, kemudiannya terus menuju ke Teluk Intan untuk selesaikan sedikit kerja dan stay untuk satu malam. Keesokkannya teruskan lagi perjalanan menuju ke Gambang, Pahang. Ada apa di Gambang? Haa inilah lokasi rahsia yang Hana dah book sejak awal tahun haritu. Haha. Lokasi rahsia ni kiranya destinasi utama kami lah untuk roadtrip tahun ni (sebenarnya selepas destinasi ni, ada lagi 2 destinasi tapi yang tu persinggahan dalam perjalanan pulang). Lokasi rahsia yang dimaksudkan adalah Mangala Resort & Spa! This resort is so pretty, we have got to take you guys on a tour!


Villa yang kami stay untuk 2 Hari 1 Malam di Mangala Resort & Spa ni adalah Villa Amani, yang mana ia dilengkapi dengan private pool dan juga bathtub. Ada banyak lagi villa villa lain yang terdapat di sini, korang boleh usha dekat website diorang, memang padu padu belaka villa kat sini. Terpulang lah dekat korang untuk experience stay yang macam mana. Untuk honeymooners, kami rasakan Villa Amani ni teramatlah sesuai untuk korang. Meh kita tour sekitar bilik di Villa Amani, Mangala Resort & Spa.

Mangala Resort & Spa

Mangala Resort & Spa




Mangala Resort & Spa

Ok sekarang jom kita possing sekitar private pool pulak. Pool di Villa Amani ni boleh dikategorikan sebagai sederhana besar guys. So, memang akan puas hati kalau nak swim. Tak berapa dalam sangat, rasanya kedalaman pool dia cuma 1 meter. So kalau orang dewasa memang takda hal bro. Time kitorang pergi tu banyak kali hujan, tapi misi terjun kolam tetap diteruskan. 


Mangala Resort & Spa







Macam yang kami sebutkan tadi, sewaktu kami di sana tempoh hari, hujan tak henti henti turun untuk kedua dua hari sebab sekarang musim tengkujuh kan kat pantai timur. Jadi kami tak da peluang nak ronda-ronda sekitar resort ni. Kami okay ja stay dalam bilik, cuma tak dapatlah nak kongsikan banyak dengan korang dekat sini.  Kawasan Mangala Resort & Spa ni memang sangat luas sebenarnya, kami difahamkan ada lebih 60 jenis villa kat sini. Ada villa atas air, villa atas paya, dan beberapa jenis vila biasa. Ni ha nama nama villa di sini Sara Villa, Jala Villa, Vana Villa , Amani Villa, Family Villa dan Bungalow. Boleh imagine betapa luasnya kawasan dia, tapi kami cuma sempat berada di lobby, cafe dan bilik kami sahaja. Itupun dah cukup puas hati. haha.





Walaupun penginapan kami dekat sini cuma sekejap sahaja, tetapi terasa puas hati sangat disebabkan oleh betapa cantiknya bilik kami  (*also mainly because of how big the swimming pool is). Oh ya, lupa nak mention, kalau nak move dari bilik ke lobby atau kalau korang nak g mana2 lah dalam kawasan resort tu, boleh call dan request untuk Buggy datang ambil di bilik.  Ok, we really enjoyed our experience and already planning on coming back real soon. haha. Walaupun harganya berada di range yang agak mahal (taknak mention la berapa, korang check out dekat website diorang k), tapi bagi kami it was worth every penny! Beautiful and luxurious room, quite huge private pool and really peaceful and quite environment. Loved it! 

Korang kalau nak book boleh pergi di website diorang Mangala Resort & Spa ataupun boleh jugak book di Agoda dan Booking.com. Boleh follow Instagram diorang untuk tengok gambar pelanggan pelanggan yang happy stay dekat situ (Instagram Mangala Resort & Spa)

Sepertimana yang kami maklumkan dalam entri sebelum ni, Roadtrip kami kalini telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car (PRAC) Sdn. Bhd. Tahun ni kami roadtrip with style sikit lah sebab dapat naik Toyota Camry! Haha. Memang seronok bawa kereta mahai ni! Tak terasa penat walaupun drive like jauh gila. Untuk korang yang nak mengunakan service kereta sewa, boleh dapatkan diskaun 10% dengan mengunakan Promo Code kami iaitu "TCSXPRAC" sewaktu membuat tempahan ya! Boleh tempah di website PRAC (https://www.iprac.com/) ataupun boleh email terus di reservation@iprac.com. Promo code ni valid sehingga March 2021 sahaja tau! #PRACMalaysia #CarRental #RentACar

Ok guys! Itu sahaja untuk kalini. Kita jumpa di entri selanjutnya ya! Have a great day!









Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: