Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, December 25, 2020

Hotel Tour #11 : The Lost Paradise Resort, Penang | Pengalaman Seperti Berada Di Bali | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Sampai sudah kita ke penghujung roadtrip kami. Ending roadtrip ni cun cun dengan tarikh anniversary kami iaitu 22 December. Lokasi terakhir ataupun penutup bagi tahun 2020 ini ialah satu resort yang sangat unik dan cantik! Bertemakan motif , design dan corak di Bali, hotel yang kami maksudkan adalah The Lost Paradise Resort, Penang. What a beautiful ending to an amazing roadtrip! We're gonna need to put extra effort next year to top this year's roadtrip. Let's see!


Walaupun penginapan kami disini cuma sebentar sahaja, tapi itu sudah cukup untuk membuatkan kami jatuh cinta dengan resort ni.  Kami Senaraikan dekat bawah ni perkara perkara yang kami sukakan tentang resort ni. 

Decoration & Design | Berdasarkan hiasan di sekitar resort ni , memang jelas ternyata lah bahawa tema yang cuba diangkat adalah Balinese style. Diorang memang tak buat sekadar ala kadar atau sekadar cukup tapi diorang go all in with the theme! Setiap perincian dipastikan terselit unsur Balinese tu. Dari rupa bentuk bangunan, warna cat di dinding sehinggalah kepada perincian seperti tombol pintu dan ukiran ukiran di perabot perabot kecil macam meja tidur, semuanya ada sentuhan Bali tu. Sebagai orang yang pernah sampai ke Bali, kami memang terasa seperti dibawa semula ke hotel kami di Kuta dulu.

Location | Resort ini letaknya di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah. Jadi memang dekat sangat kalau korang nak pergi Pantai Batu Ferringhi, rasanya dalam 5-10minit macam tu ja kalau nak pergi ke Pantai Batu Ferringghi. Nice. Paling cun adalah sebab resort terletak di pinggir tebing tepi laut. View memang terbaik! Terasa macam berada di tebing dekat Uluwatu Temple dulu. Fuhh! Mengimbau betul!

Parking | Ruangan untuk parking memang banyak. Walaupun terasa macam ruang agak limited sebab nampak area parking tu macam sempit, tapi surprisingly, sangat banyak ruang parkingnya. Even lepas kami keluar pergi dinner dan sampai balik ke hotel agak lewat pun, masih dapat parking dekat dengan bilik. Very convenient!

Swimming Pool | Kami tak sempat terjun ke swimming pool tempoh hari, sebab kepenatan sangat. Haha. Tapi kalau tak penat, memang confirm terjun sebab kolamnya besar dan menghadap laut guyss. Ala ala infinity pool gitu. 

Bilik Maya | Bilik yang kitorang menginap tempoh hari adalah honeymoon suite yang bernama Maya. Kenapa kami mention kat sini adalah sebab kami nak korang ambik bilik ni! haha. If ever you can request for which room you want to stay at this resort, minta bilik ni tau. Sebabnya, bilik ni betul-betul menghadap laut. Buka sahaja pintu bilik, terus nampak laut. Now imagine malam-malam tidur sambil ditemani deruan ombak dan bila bangun pagi esoknya ombak menyapa lagi. Haha. Best! 

Itu adalah antara beberapa perkara yang kami suka tentang The Lost Paradise Resort ni, overall we really love our stay and we went home feeling so happy. Korang pun kalau nak fefeeling berada di Bali, book your stay with The Lost Paradise Resort tau! InshaAllah kami akan datang lagi ke sini! Mari kami bawa korang tour this beautiful resort




















Sepertimana yang kami maklumkan dalam entri sebelum ni, Roadtrip kami kalini telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car (PRAC) Sdn. Bhd. Tahun ni kami roadtrip with style sikit lah sebab dapat naik Toyota Camry! Haha. Memang seronok bawa kereta mahai ni! Tak terasa penat walaupun drive like jauh gila. Untuk korang yang nak mengunakan service kereta sewa, boleh dapatkan diskaun 10% dengan mengunakan Promo Code kami iaitu "TCSXPRAC" sewaktu membuat tempahan ya! Boleh tempah di website PRAC (https://www.iprac.com/) ataupun boleh email terus di reservation@iprac.com. Promo code ni valid sehingga March 2021 sahaja tau! #PRACMalaysia #CarRental #RentACar

Ok guys! Itu sahaja untuk kalini. Kita jumpa di entri selanjutnya ya! Have a great day!



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: