Saturday, July 18, 2020

Tempat Makan Best Di Penang | Saigon Bowl Sediakan Vietnamese Halal Pho Terbaik Di Penang!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kami sebenarnya sudah lama sebut nak datang ke Saigon Bowl untuk cuba authentic Vietnamese Pho. Tetapi masih belum berjaya jejakkan kaki ke sini, sehinggalah ke hari ini. Harini alang-alang kami dah berada di Penang atas urusan Chasing The Sun, kami ambil kesempatan ini untuk singgah makan di Saigon Bowl.


Terletak di tengah-tengah Georgetown, rasanya tak susah untuk pengunjung cari restoran ni. Boleh nampak dari jauh papantanda neon berwarna oren di depan restoran ini. Waktu kami sampai tadi tak ramai orang dan boleh terus masuk dan duduk, yay! Suka sangat dengan dekorasi dalam restoran ni di mana dipamerkan sedikit kraftangan dan produk asal dari negara Vietnam untuk membangkitkan lagi aura ala-ala makan di negara tersebut.




Waktu untuk order! Tak susah untuk kami order menunya, memang sudah pasti kami nak cuba Pho yang merupakan makanan kebangsaan negara Vietnam. Kami order Pho Beef Slice (RM15.90) , Pho Beef Brisket (RM16.90) & Fresh Spring Roll (RM9.90). Untuk minuman, kami order Iced Vietnamese Coffee & Iced Lime Juice. Waiting time pun tak lama cuma lebih kurang 10 minit.




#HonestReview | Kami datang dengan pemikiran bahawasanya Pho ni akan rasa macam Bihun Sup Utara yang memang kami selalu dok makan selama ni. Ternyata flavour profile Pho ni sebenarnya sedikit lain daripada Bihun Sup kita. Kuahnya lebih 'ringan' dan dia punya rasa tu bergantung banyak kepada herbs yang diletakkan dalam Pho tu. Kami berdua suka dengan rasa Pho ni! Boleh rasa dia punya authenticity tu , kami percaya tukang masaknya adalah Vietnamese. Puas hati dan akan datang lagi! Korang boleh try ok! Ok rasanya itu saja untuk entry kali ni. Jumpa lagi, Assalamualaikum. Bawah ni diorang punya FB & lokasi ok!



Previous Post
Next Post

post written by:

2 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

aisehman, takkanlah rasa bihun sup utara, hihihi.

Kalau di JB, akk selalu makan di warung kemboja, syok makan dalam kampung

Kimi Jamai said...

Hahaha..Biasalah orang kita, kalau sup ja mesti dok ingat sup utara..Tapi memang sedap Pho disini.. Nnt kena mai ok Kak Seri! @04855811925213198636