Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, July 11, 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Bila di Sandakan, kalau korang tanya apa makanan unik yang hanya terdapat di Sandakan ataupun yang berasal dari Sandakan, antara jawapan yang akan disebut pastinya UFO Tart. Haa jadi bila dah tahu yang UFO Tart ni memang special kat Sandakan, haruslah kita cuba kan?  Tour guide kami & wakil Tourism Malaysia Sabah telah bawa kami untuk cuba salah satu kopitiam yang menyediakan UFO Tart yang terbaik sekali di seluruh Sandakan, namanya San Da Gen Kopitiam.


Kopitiam ni letaknya di tengah bandar Sandakan dan sememangnya menjadi tumpuan penduduk setempat untuk makan sarapan. Kami datang tu tak berapa nak awal pagi sangat dah, tapi kopitiam ni masih packed dengan patron kepada hotspot bagi UFO Tart ni. Nak order tu memang kena beratur lah kiranya!


Kami order agak bermacam jenis juga, ada Lava French Toast, Avocado Cream Puff , Durian Cream Puff dan sudah semestinya menu istimewa, UFO Tart! Ni kira brunch terus lah! Kalau korang nak lunch pun boleh, San Da Gen Kopitiam ni ada banyak juga menu untuk makan tengahari. 





Kepada yang memang memburu UFO Tart bila datang ke Sandakan ni, definitely kena datang ke sini. Kami ada rasa juga UFO Tart di beberapa lokasi lain sebelum datang ke San Da Gen Kopitiam ni, tapi ternyata memang the kat sini yang paling hit the spot la. Meringue dekat atas tart disini sangat fluffy dan light, takda bau telur dan rasa pun tak manis sangat. The tart itself crumbly, buttery  and not so flaky! The texture was definitely spot on

Selain dari makanan yang sedap, kami percaya faktor lain yang buatkan kopitiam ni menonjol adalah vibe yang pengunjung dapat rasa bila masuk ke kopitiam ni. Vintaj , Retro & Hipster. Rasa macam kalau lepak berejam pun takpa kat sini! A+ for the interior!





Orang Sandakan kalau ada cadangan lokasi lokasi yang best untuk makan UFO Tart lagi mohon senaraikan dekat ruangan komen di bawah ya! Sementara tu, korang yang lain bolehlah singgah di San Da Gen Kopitiam ni untuk rasai arguably the best UFO Tart di Kota Sandakan ni. Kami sertakan lokasi diorang kat bawah dan juga facebook link kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: