Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, July 5, 2020

Hotel Tour #4 : Tok Aman Bali Beach Resort | Resort Terbaik di Pasir Puteh?

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang sihat sejahtera semuanya. Memandangkan kerajaan dah izinkan untuk rakyat Malaysia melancong dalam negara sejak PKPP dilaksanakan haritu, satu rancangan untuk pergi roadtrip ke pantai timur telah dibuat oleh Hana. Tahun lepas kami pergi ke Kuala Terengganu, tahun ni pula kami pergi ke Kelantan. Kami just nak pergi untuk short trip 2 Hari 1 Malam sahaja untuk release tension. Syarat pemilihan tempat menginap adalah mesti di tepi pantai. Alhamdulillah setelah beberapa hari mencari, kami temukan satu resort yang kena dengan kriteria yang ditetapkan. Kami pilih untuk menginap 2H 1M di Tok Aman Bali Beach Resort yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Jadi, apa pandangan kami tentang resort ni? Haa jom kami kongsikan sedikit gambar untuk bawa korang tour sekitar hotel ni.

Disebabkan biliknya yang cantik and lighting pun tengah cun, kami photoshoot la sekejap dalam bilik ni. Kalau rasa jenis senang loya ataupun tak boleh tolerate annoyance, sila scroll laju laju tau..Haha. Seriously guys, kalau korang datang sini, mesti nak shoot acah acah macam kami jugak. Rasanya kalau shooting wedding pun sesuai disini.


Waktu kami book tu tengah ada promo, bilik ni kami dapat dengan harga RM140 untuk satu malam, Biliknya luas, ada balkoni dan ada bath tub plus breakfast included. Memang berbaloi sangat-sangat dengan harga yang kami bayar tu. Bagi saya, feature yang terpaling best sekali untuk resort ni adalah, ia terletak betul betul berhadapan dengan Pantai Bisikan Bayu. Jalan kaki dalam 5 minit je dah sampai. Kami plan nak berkelah di tepi pantai pada petang harinya tapi tak jadi sebab terlupa bawa makanan. Segala perkakas  berkelah yang lain semua dah cukup, makanan ja yang takda. Haha. Tapi sempatlah kami ber-photo shoot sambil menikmati sunset.


Malamnya kami dinner di hotel sahaja sebab kelihatannya tak banyak kedai-kedai makan yang buka di sekitar Pasir Puteh ni, jadi kami setuju untuk makan buffet dinner sahaja di hotel. Untuk buffet dinner, harganya RM 19.90 untuk seorang. Pilihan makan tak berapa banyak tapi semua yang ada pada malam tu, sedap sedap belaka. Korang kena try Kuey Teow yang dimasak live depan mata korang ok! Sodap!


Esoknya kami pergi makan breakfast lebih kurang jam 8.00am. Breakfast dah included dengan harga bilik, so takda additional charge di sini. Kami syok sebab dalam Agoda diorang kata breakfastnya ala-carte tapi bila kami turun tengok-tengok makan buffet. Hehe.. Apa tunggu lagi, kita serang Nasi Lemak dulu lah!


Selepas breakfast, kami mandi kolam sekejap sebelum packing semula untuk balik ke rumah masing-masing. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang tersedia dekat Tok Aman Bali Beach Resort ni, ada kayak, ada cruise naik boat di tasik buatan, ada karaoke room dan macam-macam lagilah, tapi kami tak ada masa yang cukup untuk buat semua tu. Its ok, its a wonderful escape anyway! Good stay, good food with our good friends, that is the formula of a good time for us.


Komen Jujur | Okay, secara keseluruhannya kami memang enjoy gila stay kami di Tok Aman Bali Beach Resort ni. Biliknya luas dan cantik, interior dia ada vibe macam hotel klassik and at the same time ada unsur-unsur mewah juga. Dari segi makanan, walaupun kuantiti pilihan mungkin tak sebanyak yang kami harapkan, tapi kesemua yang terhidang sedap-sedap belaka. Lokasinya pula memang perfect, sebelah pantai dan ada tasik juga mengelilingi resort ni. Nice! Haa cuma nak bagitau, waktu malam kami stay tu ada banyak gila Kesing di lampu-lampu dekat koridor dan depan bilik. Mungkin tengah musim Kesing menyerang kot. Tapi kalau korang stay dalam bilik, inshaAllah nothing to worry. Other than that, semuanya positif sahaja tentang Tok Aman Bali Beach Resort ni. Sesuai untuk bawa keluarga korang escape sekejap dari hiruk pikuk kota. Ok, itu sahaja untuk kali ni. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.
















Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: