Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, June 30, 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang pernah dengar tentang Encore Melaka? Kalau tak pernah tu jangan risau, kami pun sebenarnya baru sahaja tahu tentang Encore Melaka ni. Melihatkan rupa bentuk bangunannya yang lain macam unik, kami terpanggil untuk datang ke Encore Melaka pada  dan lihat sendiri apa yang ada di dalamnya. Rupa-rupanya Encore Melaka ni masih belum dikenali ramai sebab diorang memang masih baru. Boleh dikira tarikan pelancongan yang paling terbaru sekali lah dekat Melaka ni. Lokasinya adalah di Kota Syahbandar berdekatan dengan Pantai Klebang, jadi korang boleh lah jalan jalan di Klebang pula selepas melawat Encore Melaka.



So apa yang ada di Encore Melaka ni selain dari bangunannya yang unik ni? Haa rupa-rupanya dalam bangunan Encore Melaka ni ada pentas teater. Pentasnya sepanjang 240 meter dan  360 darjah mengelilingi tempat duduk penonton. Platform tempat duduk penonton ini akan berpusing menghadap sudut pentas yang berbeza setiap kali ada perubahan 'scene'. Lain macam weh mekanisma dia. That alone pun kami dah excited  mendengarnya.  Oh ya, teater yang dipentaskan adalah berkisarkan sejarah, budaya dan tradisi negeri Melaka. Ianya teater tentang masa lalu tapi mengunakan teknologi masa hadapan, satu kombinasi yang sangat ngam.


Kami dimaklumkan sebelum COVID19, setiap hari akan ada dua kali persembahan yang mengambil masa 70 minit setiap satu. Tapi disebabkan COVID19, buat masa sekarang mereka masih tutup dan tarikh pembukaan semula bakal diumumkan di laman web Encore https://encore-melaka.com/ . Alhamdulillah kami sempat pergi sebelum Covid19 menyerang.

Kami sampai di Encore lebih kurang jam 4.30pm, tempat parking kereta memang luas so thats very convenient. Kami kemudiannya terus ke kaunter tiket untuk dapatkan tiket kami dan ada sedikit briefing dari staff Encore Melaka, Mandy tentang latarbelakang diorang dan sedikit sebanyak tentang operasi diorang. Menurut Mandy, disebabkan design bangunan Encore yg 'Insta-worthy' ni, ramai orang datang ke Encore Melaka ni hanya untuk ambil gambar di kawasan luar Encore, which is sayanglah sebab apa yang Encore tawarkan di dalamnya adalah lebih menarik.

Kami masuk jam 5.30pm dan ambil tempat berdasarkan jenis tiket kami, iaitu Standard Seat. Masuk-masuk tu keadaan sekeliling agak gelap actually, mujur ada staff diorang yang guide kami ke tempat duduk kami. Ok dah duduk, kami dah sedia untuk menonton pementasan Encore Melaka : Impression Series! . Ada 7 scenes kesemuanya, setiap satu memaparkan cerita ataupun insiden penting dalam sejarah negeri Melaka.

Scene 1 : Parameswara | Scene ni memaparkan kisah ulung yang semua orang tahu tentang bagaimana negeri Melaka ditubuhkan oleh Parameswara selepas melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil. Scene ni sekejap saja, then platform berpusing ke pentas/scene seterusnya.

Scene 2 : Cheng Ho
| Bermula dari scene ni bulu roma kami dah meremang. Ceritanya adalah tentang Laksaman Cheng Ho dan sekumpulan pemain gendang dari Tanah Besar China datang ke Melaka and never to return to their home. Menariknya, scene ni lebih menonjolkan para pemain gendang tu berbanding Laksamana Cheng Ho. And they really drummed their hearts out!



Scene 3: Nyonya & Wedding | Scene ni adalah kesinambungan dari scene Cheng Ho tadi di mana penonton dibawa merentas masa iaitu 400 tahun selepas scene 2. Cucu cicit kepada pemain gendang Laksamana Cheng Ho sekarang membentuk satu komuniti penting di Melaka, Baba & Nyonya. Scene ni diorang tayangkan upacara perkahwinan Baba Ah Jie dan Nyonya Ah Lan. Lagu iringan sepanjang scene 3 ni, serammm tapi indah. Haa susah nak terangkan. Kena mai try.


Scene 4 : Six Mothers | Kami tak pasti sama ada cerita ni kisah benar atau sekadar dongengan, tapi mesejnya sangat kuat. Scene ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang dibesarkan oleh 6 orang ibu dari latar bangsa yang berbeza. Diorang berjaya membawa penonton untuk melihat secara dekat dan personal, bagaimana ibu ibu dari pelbagai bangsa membesarkan seorang anak kecil. Terselit disitu unsur adat resam dan kasih sayang.  rasa ni antara scene yang boleh buatkan penonton menangis. Nanti datanglah nangis kat scene ni okay!


Scene 5 : Pregnant Women | Scene ni pula memaparkan kesulitan wanita yang hamil ketika zaman perang. Selalunya di TV & Media, bila kita sebut tentang perang, pasti yang di highlight adalah tentang askar ataupun politik disebalik peperangan kan? Itulah yang unik tentang scene ni, dia bawa kita lihat sudut baru peperangan iaitu kesusahan wanita hamil yang dah nak melahirkan. Fuhh meremang beb bulu hidung dan kaki.

Scene 6 : Wau | Scene ni basically nak menyeru penonton untuk menghargai insan insan yang meneruskan legasi kraf tradisional melayu dan malaysia, contohnya Wau. Ceritanya berkisar seorang anak muda yang membesar dengan melihat ayahnya membuat Wau. Anak muda tu macam dah boring hari hari tengok Wau tapi bila dia keluar dari kampung dan hidup di bandar, baru dia tau betapa pentingnya tugas ayah dia sebagai pembuat Wau dalam memastikan warisan tradisi bangsa kita ni kekal hidup. 

Scene 7 : Finale | The last scene ni diorang panggil balik semua performers dari first scene sampai lah ke scene terakhir. Ramai ramai diorang menyanyikan lagu penutup yang berjudul Do You Remember & Encore Melaka. Time ni pun rasa meremang juga, tak pasti la kenapa kerap sangat meremang bulu roma. Memang persembahan diorang ni mantap sangat ke teater ni berhantu? haha. 


My verdict, kami memang terkesima dan memang terkejut dengan kemantapan persembahan teater di Encore Melaka ni. Sempurna, itu sahaja yang kami mampu katakan. Sungguh! ni memang bukan satu exaggeration ataupun orang Kedah kata 'buat terokxs'. Our minds were blown away by how perfect everything was. The music/sound effect, actor/actress,script,the technology, the story and the educational aspect of it, semuanya on point. Kalau korang ke sana dan tak meremang bulu roma tengok show di Encore ni, probably korang memang takda bulu roma! Haha. Ok, kami memang sarankan untuk korang datang dan lalui sendiri pengalaman ni. Kalau panjang umur, memang kami akan datang semula.

Boleh pergi ke laman web diorang untuk beli tiket dan dapatkan update tentang jadual diorang https://encore-melaka.com/ . Jemput tengok video kat bawah ni untuk dapatkan sedikit preview lah tentang apa yang korang bakal lihat dekat sana nanti. Kat hujung video to kami ada sebutkan tentang Promo Code, jangan guna ya, dah tak valid. Itu saja untuk kali ni, jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum!
                         
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: