Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, February 14, 2020

By Chasing The Sun Guest Writer

Halal Food in Sydney, Australia | Assalamualaikum semua. Hai! Bagi muslim travelers, soalan yang paling famous apabila nak bercuti ke negara yang majoriti penduduknya bukan Muslim semestinya tak lain tak bukan adalah - Dekat mana nak cari makanan halal yang sedap? Kan? Bercuti bercuti juga, namun kegembiraan perut memang tetap menjadi prioriti! Untuk entry kali ini, saya akan share tentang tempat-tempat makanan halal di Sydney, Australia. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya menetap di Sydney selama empat tahun dan waktu bawa visitors jalan jalan.


Walaupun Australia merupakan sebuah negara mat saleh, namun mencari makanan halal di Sydney bukanlah susah seperti yang sering disangkakan. Ini kerana kota Sydney juga banyak didiami oleh orang-orang Timur tengah, India dan Turki. So, kalau dah tak tahu sangat nak makan apa, boleh je makan dekat kedai-kedai kebab and halal Indian food yang ada merata-rata. Tapi, muak juga kalau makan menu ni je hari-hari kan? Tambah pulak bagi tekak melayu kita ni. So, ini antara restoran yang saya recommend kerana makanannya yang ngam dengan tekak dan lokasi nya yang senang ditemui!

1. It’s Time for Thai
It’s Time for Thai atau lebih dikenali sebagai TFT merupakan sebuah rangkaian restoran yang menyajikan makanan Thai halal. Portion besar, sangat banyak pilihan dan yang penting kena dengan tekak melayu saya. Rasanya tak lah se’kaw’ dan sepedas makanan Thai di negara Thailand, namun masih lagi dalam category sedap. Harga makanan bagi satu portion adalah dalam linkungan $16 (~RM 45), yang sememangnya agak mahal apabila diconvert ke RM. Namun, portion makanan di sini besar. Jadi, sekiranya anda in a big group, anda boleh order beberapa lauk pauk sahaja untuk dimakan dengan nasi putih, and share with the whole group. Jadi jimat sikit lah di situ.

Semasa keluarga saya (6 adults) datang ke Sydney, kami order one portion of crispy fried chicken, beef padprik khing, tomyam, dan nasi putih for 6 (total $54 = RM 150). Dengan nilai tukaran matawang around $1 = RM 3, memang tak boleh lah nak expect semurah di Malaysia, namun still not bad lah. Kedai ni saya recommend sebab senang untuk di access.

Di Sydney, ada tiga restoran TFT. Satu terletak di Haymarket, satu di Newtown dan satu lagi di Kingsford. Jadi anda boleh pilih mana satu yang nak pergi. TFT yang terletak di Haymarket adalah yang paling senang untuk di reach kerana ia terletak sangat dekat dengan city center dan juga bertentangan dengan Sydney Central Station yang merupakan hub public transport utama di Sydney. Jadi boleh reach dengan bas, train or light rail.


2. Shalom Indonesian Restaurant di Sussex Street
Ni adalah restoran favourite saya! Bagi peminat makanan Indonesia yang pedas-pedas seperti saya, wajib untuk anda berkunjung ke restoran ini. Ayam penyet dia memang umph. Australia banyak didiami oleh Indonesians, so makanan Indonesia di sini memang kebanyakannya sedap dan agak authentic. Di restoran ini, semua dish nya dah datang siap-siap dengan nasi. So cuma perlu order lauk sahaja.

Semua dish ayam, empal dengan ikannya saya bagi A++. Kalau makanan berkuah, saya tak recommend sangat. Kalau anda tak tahu nak order apa, saya recommend kan Ayam Goreng Bali. Ini adalah juadah go-to saya kalau confuse nak makan apa. Anda juga boleh pilih makanan berdasarkan level kepedasan yang anda boleh tahan. Warning, kepedasan level 5 dekat sini memang pedas gila sampai mampu terkeluar air mata huhu. Jadi yang tak berapa tahan pedas tu, ambil lah dish yang level rendah sikit. Ukur baju di badan sendiri orang kata. Harga satu dish dalam $11 (~RM 33). Restoran ini terletak di Sussex Street dan juga tidak jauh dari city center. Reachable by bus, tapi kena jalan sedikit around 10 mins dari bus stop ke kedai.


3. Mamak
Mamak ni adalah restoran Malaysian food yang sangat terkenal di Sydney. Kalau malam malam tu fuhhh memang sampai ke luar kedai orang beratur. Kedainya nama ja Mamak, tapi bukannya restoran mamak macam dekat Malaysia tu. Lebih kepada café lah actually. Kepada yang craving Malaysian food, menu dekat sini semua sedap. Dari roti canai ke nasik lemak ke ayam gorengnya, semua sedap. Untuk pengetahuan anda, pekerja pekerja di restoran ini kebanyakannya adalah Malaysian students yang belajar di university sekitar Sydney. Harga makanannya dalam $15 for one dish, portion memang besar. Kedai ini terletak di Haymarket dan dalam 7 minit walking distance dari Central Station. 


4. Rashays Habourside
Kepada yang teringin nak merasa halal western food di Sydney, boleh lah ke restoran Rashays Habourside yang terletak di Darling Harbour. Selepas makan, boleh lah menikmati pemandangan Darling Harbour yang merupakan antara tarikan terkenal di Sydney. Rashays ni menyajikan typical western food seperti pasta, risotto, steak, burger dan sebagainya. Sedap semuanya. Dessert nya pun macam macam jenis. Harga makanannya mahal lah sedikit sekiranya dibandingkan dengan restoran biasa yang lain, iaitu dalam linkungan $30 ke $40 per dish. Lagipun, restoran ini agak high class jika dibandingkan dengan restoran biasa.

5. Sydney Fish Market
Sydney Fish Market sememangnya merupakan satu tarikan di Sydney. Ada banyak sangat kedai seafood di sini, yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut. Memang rambang mata weh nak pilih. Walaupun nama nya fish market, marketnya bukan lah seperti market basah dekat Malaysia tu ya. Market ini sangat bersih, dan tak berlecak dengan air pun. Sekiranya anda teringin untuk try makan lobster ataupun fresh oyster, memang di sini lah tempatnya! Selalunya apabila makan di sini, saya dan kawan kawan order seafood platter supaya dapat merasa banyak jenis seafood. Portionnya agak besar, kalau order platter yang for 2 pun, masih cukup untuk dimakan 4 orang. Jadi jangan tamak order banyak banyak, nanti tak habis!

Selepas order makanan, boleh lah makan outdoor sambil menikmati permandangan harbour. Awas, dekat kawasan makan outdoor di fish market ni, banyak gila burung yang akan usha usha makanan anda and cari peluang untuk curi. So, protect lah makanan anda sebaiknya.


6. Brand halal di Coles
Option makan yang paling jimat sekali apabila travelling ialah memasak, especially kalau anda stay di Air Bnb. Sewaktu family saya di Sydney, kami selang seli antara memasak dan eat out. Sekiranya anda nak memasak, tolonglah dapatkan groceries anda di Coles okay! Saya memang peminat tegar Coles. Kalau boleh tiap-tiap hari nak pergi Coles sebab best sangat haha. Kalau di Woolworths, barang mahal sikit and choice pun lebih limited.

Ayam di Coles yang halal adalah yang berjenama Steggles dan Lilydale. Brand Steggles jugak ada nugget, popcorn chicken, chicken finger (Chicken finger perasa sweet chilli serious sedap gilaaaaaa) yang semuanya halal. Untuk masak, saya recommend beli ayam Steggles yang dah siap dipotong macam gambar (left) kat bawah ni. $4 je satu pack, dan ada macam macam parts.



 Pictures courtesy of Coles Online punya website. Beli lah yang on the left side yang $4 tu. Tapi selalunya cop logo dekat packaging dia macam yang $10 on the right side tu. Mungkin Coles dah tukar packaging ke apa yang tu saya kurang pasti.

Untuk beef, beef jenama Coles yang berada dalam packaging hitam adalah beef yang halal. Coles jugak ada jual ikan dan seafood, so boleh lah beli kalau nak! Kalau pergi Coles tu, tolong lah beli sekali susu, air Barista Bros, and try yoghurt yoghurt yang sedap gila tu. Huhuuu dairy products dekat Australia memang terbaik ya. Menangis bila teringat.


7. Anita Gelato
Okay yang ni extra. Ini bukan kedai untuk proper meal pun. Ahahha saja ja include kan jugak sebab icecream and yoghurt dekat sini adalah yang tersedap di Sydney! Sedap sangat sangatt. Seriously tak tipu huhu. Semua icecream dia boleh test dulu sebelum purchase, so senang lah nak pilih flavor mana yang nak. Frozen yoghurt dia memang out of the world. $7 for small size, tapi tu pun dah besar sangat dah. Topping unlimited, letak lah berapa banyak yang nak. Memang rugi lah kalau pergi ke Sydney tapi tak cuba. Kedai ini ada dua branch. Satu dekat Bondi Beach, satu lagi dekat Central Park Mall. Pergi and makan kan untuk I pleaseeeeee.




Kesemua restoran yang di list kan ini semuanya wujud di Google Map dan senang dicari. So just type kan nama restoran tersebut and you are good to go! Selain dari kedai-kedai di atas, ada beberapa lagi restoran halal di sekitar bandar Sydney seperti Papparich, Jimmy’s Recipe dan Malacca Straits yang anda juga boleh cuba. Sekian dulu untuk perkongsian kali ini. Jangan lupa singgah ke kedai kedai ini sekiranya anda ke Sydney okay!
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: