Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, February 26, 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers| Nak dijadikan cerita, baru-baru ini saya dan keluarga telah berkunjung ke Lemang To'Ki yang terletak di Bentong Pahang untuk bersarapan pagi. Gigih kan dari KL menuju ke Pahang pagi-pagi? Tapi disebablan teringin punya pasal setelah mendengar abang dan kakak ipar saya berceloteh tentang keenakan lemang kat situ, terus terbuka selera. Bila di google pula tentang tempat ini, rata-rata mengatakan breakfast kat sini memang 15/10. Ni yang buat lagi terliur ni. So kami pun bergeraklah kesana untuk menjawab persoalan, sedap sangat ke Lemang To'Ki ni?


Perjalanan dari KL ke Bentong tidak lah sejauh mana, lebih kurang 50 minit macam tu. Ok lah kan? Kalau dari KL, boleh ikut Karak highway Lemang To'Ki akan berada betul-betul di jalan utama laluan hendak ke Gua Musang. Dah sampai area situ, kalau na pak kereta berderet tu memang ye lah tu.

Suasana kedai yang menarik dan meriah menyebabkan kedai ini menjadi tumpuan persinggahan bagi riders yang sedang konvoi. Punyalah popular tempat ini dalan kalangam riders sehinggakan setiap meja makan di sini dilengkapi dengan tempat mencangkuk topi keledar. Citarasa unik pemilik kedai ini membuatkan kedai ini tampak klasik tetapi hipster!menarik!


Menu utama kat sini tak lain tak bukan mestilah lemang. Lemang kat sini semuanya fresh from the oven okayy. Tapi dia tak bakar guna oven la, dia bakar guna kayu api di tengah-tengah dapur. Harga sebatang lemang bergantung kepada saiz lemang iaitu sekitar RM10-RM13 sebatang. Kami pilih dua batang lemang yang berharga 12 ringgit. Seterusny, di sini juga terdapat rendang daging, ayam dan kerang. Sepinggan rendang berharga RM 6 sahaja. Saya sempat merasa rendang daging dan ayam sahaja kerana rendang kerang telah habis. Trust me, rasa rendang daging dia memang sedap gila macam makanan dari planet lain. Over? Haha tapi seriously rasa dia bukan tahap biasa-biasa yang kita selalu makan. Memang kena sangat dengan lemang dia yang lembut dan berlemak. Nyum2. Rendang ayam dia pun sedap juga tapi highlight saya tetap pada rendang daging.


Selain lemang dan rendang, Lemang To'Ki ni juga ada menu sarapan pagi yang lain. Seperti nasi lemak, laksam, nasi goreng, kuih muih, lontong dan macam-macam lagi. Antara menu yang popular juga di sini ialah ayam dan daging bakar.

Bagi sesiapa yang melalui laluan Gua Musang, jangan lupa untuk singgah sekejap di Lemang To'Ki untuk  try dia punya signature lemang dan rendang. Memang tak akan menyesal punya! Saya yang dah balik ke Kedah ni pun masih teringat-ingat lagi kelazatan sarapan pagi di situ. Till we meet again, To'Ki!


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: