Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, February 8, 2020

Hotel Tour #3 : A'Moss Farmstay Cameron Highland | Igloo-like Glamping Experience

By Chasing The Sun  Guest Writer

A'moss Farmstay Cameron Highland Review | Last minit plan utk singgah honeymoon ke Cameron Highland on the way balik ke KL.Book the dome dengan harga RM200 include tax.Ikut sahaja direction google map,penginapan ini terletak di Brinchang.Drive melalui kawasan jalan yang agak sempit,hanya memuatkan satu kereta dalam satu satu masa.Nervous jugak sbb jalan sempit dan di lereng bukit.On the way ke kawasan penginapan tu,anda akan melalui ladang teh di sekitarnya.Almost 20 minit barulah sampai ke tempat tersebut.

Dome igloo-like or glamping ni rupanya agak terpencil dan dikelilingi ladang teh dan tempat penanaman lobak putih.Terdapat total 3 buah dome glamping di kawasan itu yang baru baru ini viral di facebook.Setiap dome mempunyai private toilet di luar dome.Jangan risau tandas ini hanyalah 3-4 langkah dari dome anda.Tiada apa yang perlu dirisaukan.Kami terpegun dengan keindahan alam semula jadi yang disaksikan di hadapan dome kami. Kawasan sekelilingnya dipenuhi ladang teh,dihiasi pula dengan bunga bungaan.Terdapat buaian comel di hadapan dome dan menjadi spot bergambar.

Tiada cafe atau kedai makan berdekatan kawasan penginapan tersebut.Hanya terdapat satu pantri kecil yang menjual maggi dan microwave untuk digunakan.Jadi sesiapa yg akan pergi menginap di sana bolehlah membeli atau menyediakan makanan terlebih dahulu.Kalau sudah masuk ke kawasan penginapan tersebut,pastinya berat hati untuk keluar kembali untuk menaiki kereta dan membeli mknan apabila mengenangkan laluan sempit yang perlu ditempuh.Sekiranya hendak keluar terdapat Cameron Square di area Nova Hotel di tepi jalan besar.Antara kedai yang terdapat di situ antaranya-Teh tarik place,Old town white coffee,foodcourt,kedai nasi kandar,7E.


Satu kepuasan menginap di sini adalah pemandangan sekeliling dan suasana dinginnya.Bagi saya ini satu pengalaman yang berbaloi.Selamat mencuba.


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: