Hotel Tour #2: Royale Chenang Resort | Perkampungan English di Pulau Langkawi

By Chasing The Sun - February 04, 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang ada plan nak pergi ke Langkawi dan masih belum book hotel lagi, mari sini saya nak cadangkan satu hotel yang tengah up and coming now dekat area Pantai Tengah (5 minit away dari Pantai Chenang). Nama hotelnya, Royale Chenang Resort dan hotel ni baru sahaja dilancarkan pada Januari 2019. Beberapa minggu yang lepas, saya sendiri berpeluang menginap di hotel yang cantik ni dan sajalah nak bawa korang tengok sekitar kawasan Royale Chenang Resort ni.


Mengambil tema English Cottage, memang terasa macam masuk ke mini perkampungan English bila melangkah ke dalam kawasan hotel ni. Dia punya vibe English tu menjadi la. Kepada social media addict (like myself), korang memang akan appreciate aesthetic hotel ni extra sikit sebab banyak sangat spot yang "Instagrammable"! Haha. Ambiklah gambar sampai lebam yerr (dont forget to tag them!).



Ok, tu kita dah tour sekitar kawasan hotel, sekarang jom kita masuk tengok bilik dia pula. Bilik yang saya duduk haritu kira paling murah dah tu. Dapat harga promo RM190. Kalau harga biasa untuk bilik yang saya duduk tu sepatutnya RM250 / Night. I was happy with the room. Suka interior dia, toilet pun besar, worth the money! Next time datang nak stay dekat family suites pulak! Dapat private pool! Hehe.


Seterusnya adalah restoran di Royale Chenang Resort, namanya Chengkih. Restoran ni ada feel macam hipster kopitiam. Untuk korang yang book bilik sekali dengan breakfast, korang kena order ala-carte tau. Boleh pilih dari menu yang diorang tawarkan untuk hari tu. Saya haritu try Nasi Lemak diorang. Korang boleh try nanti ok! Pilihan yang lain kalau tak silap English breakfast punya style. Anyway, saya sempat try breakfast ja, lunch & dinner tak pasti macammana. Kalau korang ada yang pernah try, boleh la share sini.


Ok lastly, meh kita tour Royale Chenang Resort ni waktu malam pula jom! Surprisingly, walaupun malam sudah gelap , masih lagi sekitar kawasan hotel ni kelihatan Instagrammable. Kalau korang boring tak tau nak buat apa kat hotel ni malam-malam, boleh la jalan ke Pantai Chenang tengok fire show. Kalau jalan kaki rasanya dalam 10minit dah boleh sampai ke Pantai Chenang tu.


Ok guys setakat ni sahaja kot perkongsian saya tentang hotel cantik Royale Chenang Resort ni. Saya suka hotel ni, dan saya rasa korang pun akan suka dengan aesthetics hotel ni. Mesti tersenyum ja scrolling photo album lepas balik dari hotel ni. Staff depa juga baik-baik dan peramah semuanya. Overall memang a happy experience lah! Kalau nak book, diorang dah available dekat almost semua booking platform macam Booking.com, Agoda, Trivago dan sebagainya. Boleh juga tengok gambar-gambar their happy customer dekat Instagram diorang okay! Instagram Royale Chenang Resort. Ok, jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.



















  • Share:

You Might Also Like

0 comments