Berbaloi Ke Pergi Nami Island?

By Chasing The Sun - December 31, 2019

Assalamualaikum & Hello Sunchasers| Pulau Nami yang terletak di Seoul  Korea Selatan merupakan salah satu lokasi wajib  datang  buat  para pelancong yang  berkunjung ke bumi kimchi ni. Rasanya rata rata pelancong dari Malaysia kenal akan pulau comel ini disebabkan penangan drama korea Winter Sonata. Daripada drama tu, kita dapat tengok keindahan Pulau Nami ni waktu musim sejuk yang ternyaa memukau. Saya pun tak terkecuali lah, memang sejenis yang layan drama drama sendu Korea juga masa zaman-zaman baru nak baligh dulu. Cumanya, waktu tengok drama ni dulu, hanya sekadar mampu kagum je lah dengan keindahan negara Korea Selatan ni, especially Pulau Nami,  tapi langsung tak pernah terlintas untuk datang dan tengok  dengan mata kepala sendiri.



Fast forward beberapa tahun, Alhamdulillah dapat peluang menjejakkan kaki ke Korea tahun 2019 ni. Sebenarnya tahun ni kali kedua datang ke Seoul selepas tahun lepas. Tahun lepas kurang produktif, so tahun ni memang nak gunakan peluang yang ada untuk explore Seoul. Boleh baca entri pertama tentang trip Seoul ni  di entri sebelah ni yerrr (Makanan Halal Sekitar Seoul). Untuk entri kali ni saya nak kongsikan cerita di Pulau Nami. Jom!
 

Macamana Saya Ke Pulau Nami?
Pulau Nami ni terletak lebih kurang 2 jam dari Seoul dan pengunjung juga perlu menaiki ferry untuk menyeberangi Sungai Han sebelum tiba di pintu masuk ke pulau. Korang boleh pilih untuk naik train ataupun teksi dan beli tiket ferry berasingan, tapi untuk kes saya haritu, saya just book terus package dari Klook.com. Package tu dah termasuk Bas pergi dan balik ke Nami dari Myeondong Street dan juga tiket Ferry. Harga pakej tu RM 62 pada masa tu. Saya sarankan korang book package yang sama di Klook. Prosesnya memang mudah dan smooth. Bas pun selesa, dan bagi saya memang berbaloi dengan harga tu.



Apa Yang Menarik Dekat Pulau Nami Tu?

“Instagrammable” Gilaaa | Perkara yang paling saya ingat dan yang saya rasa paling significant tentang Pulau Nami ni adalah banyaknya sudut untuk diambil gambar yang perfectly symmetrical. Banyak lorong lorong di antara deretan pokok yang mana bila kita berdiri di tengah tengahnya akan dapat satu shot gambar yang memang memuaskan. Kalau korang tengok kat Instagram, memang sesiapa saja yang datang ke Nami ni  pasti akan ambil shot ni. Terdapat beberapa kawasan di sekitar pulau ni yang ada lorong ataupun laluan ni..Kepada pengguna tegar Instagram, ambil lah gambar sepuasnya ok! Oh btw, saya datang tempoh hari sewaktu awal awal musim luruh, jadi dah ada pokok pokok yang mula bertukar warna, tapi 90% masih hijau. Kalau datang waktu tengah tengah autumn mesti lagi cunn.


Winter Sonata Laaa Ofkoss | Seperti yang saya sebutkan tadi, Pulau Nami ni  mulai mendapat tumpuan menerusi drama Winter Sonata, jadi, kebanyakan pengunjung especially dari Malaysia datang ke sini untuk “relive” diorang punya favourite Winter Sonata moment. Pengunjung seolah dibawa balik ke era romantis Kang Jun Sang & Yoo Jin dahulu . Ruginya waktu tu Hana tak ada sekali dengan saya. Kalau tak, sudah semestinya kami beracah acah seacah acahnya. Ada beberapa spots di atas pulau tu yang diletakkan monument dan papan info tentang Winter Sonata ni untuk ingatkan semula pengunjung tentang drama legend ni. My recommendation, korang layan dulu drama Winter Sonata tu satu round sebelum datang Pulau Nami ni ok!


Muslim Friendly | Alhamdulillah, kat atas Pulau Nami ni ada sebuah restoran halal yang mana di dalamnya ada sebuah Surau yang bersih, kemas dan luas! Asian Family Restaurant Dongmoon namanya. Memang selesa sangat. Jadi, korang tak perlu risau lah bab Solat ya. Memang boleh stay seharian kat sini sebab semua kemudahannya lengkap untuk semua lapisan pengunjung. Kalau nak baca lebih lanjut tentang tempat makanan halal di Seoul yang saya sempat singgah, boleh baca sini (Makanan Halal Sekitar Seoul)


“Nature” Yang Pelbagai | Walaupun Pulau Nami ni kecil sahaja, dan korang sebenarnya boleh jalan kaki (tanpa penat & peluh) sahaja untuk round seluruh pulau ni, tapi boleh dikatakan pulau ni ada bermacam macam tarikan dari segi nature-nya juga. Ada satu kawasan tu korang boleh jalan naik satu bukit kecil macam bukit teletubies, ada juga kebun kebun bunga, ada satu area tu macam ada air terjun buatan dan yang paling best, ada banyak Tupai yang peramah! Seriously guys, memang saya terserempak dengan byk Tupai yang sangat chill dan tak kelam kabut macam tupai di tempat lain. Haha..


Kesimpulannya, pada pendapat saya, sangat sangatlah berbaloi untuk korang datang ke Pulau Nami ni. Walaupun ia cuma sebuah pulau yang kecil, tetapi nyata meninggalkan kesan yang besar kepada setiap pengunjung. Banyak lagi perkara lain yang korang boleh buat atas Pulau Nami ni sebenarnya, contohnya, berbasikal, naik mini train dan masuk muzium.Tapi saya tak sempat buat semua tu atas sebab kekangan masa dan wang. InshaAllah dalam hati dah pasang niat nak datang semula ke Nami ni pada musim sejuk bersama Hana, cuma hari dan tahunnya sahaja tak tahu bila. 2020 ni mungkin? Marilah ramai-ramai doakan kami yaaa..haha..Oklah, sampai sini sahaja dahulu untuk cerita saya di Nami. Ada ruang dan masa nanti saya kongsi lagi ya. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments