Bintang Malaysia: Karya Anak Muda Untuk Rakyat Malaysia

By Chasing The Sun - September 25, 2019

Bersempena dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, sekumpulan belia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah menghasilkan sebuah lagu berserta muzik video yang menampilkan nilai-nilai perpaduan kaum dan etnik di Malaysia. Lagu yang berjudul ‘Bintang Malaysia’ itu merupakan idea asal saudara Muhammad Syafiq Farhan Boo dan digubah oleh saudara Khairul Daniel (KD) serta melibatkan 7 orang penyanyi yang rata-ratanya boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Meernash, Aiman Thumb, Rhainnatasha, Anis Athilah, Priyashankari, Fidelia Johny serta Farhan Boo sendiri telah mengambil masa selama dua hari untuk rakaman vokal bagi lagu Bintang Malaysia tersebut dan hanya mengambil masa sehari bagi rakaman projek muzik video patriotik ketiga peribadi beliau.



Keunikan lagu yang telah di muat naik di laman Youtube pada 28 Ogos 2019 tempoh hari adalah; setiap penyanyi bukan sahaja membawa identiti etnik masing-masing tetapi turut menyampaikan lirik dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda masing-masing sebagai penambahan kepada elemen penyatuan pelbagai bangsa di dalam karya berkenaan.

Projek yang mendapat tajaan oleh Sport Velocity, Mr. DIY dan Myeongdong Toppoki serta disokong kuat oleh Chasing The Suns dan juga Kalissik Studio ini telah mencapai sebanyak 7000 tontonan di laman Youtube dan semakin mendapat perhatian umum. Antara misi utama yang diharap dapat dicapai melalui lagu ini adalah dapat meningkatkan perpaduan kaum di Malaysia lebih lebih lagi bersempena dengan bulan kemerdekaan serta bulan kebangsaan bagi negara Malaysia yang tercinta ini. Saudara Farhan Boo mewakili kumpulan produksi The Aiskacang Production serta Miximax Academy dan kesemua 30 belia yang terlibat dalam projek lagu patriotik kali ini yang rata-ratanya lulusan IPTA berharap trend projek lagu patriotik ini dapat dijadikan satu trend yang positif dan menjadi ikutan belia belia yang lain.


Bintang Malaysia bukan sekadar karya suka suka anak muda tetapi juga mempunyai satu misi dan objektif yang mampu memberikan impak nasionalisme kepada setiap rakyat Malaysia yang menontonnya. Saksikan keseluruhan video muzik Bintang Malaysia di laman Youtube The Aiskacang.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments