Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, July 10, 2019

The Longest Flying Fox I’ve Ever Done!

Kepada korang yang suka menikmati nature sambil lakukan aktiviti outdoor, The Habitat Penang Hill patut masuk dalam bucketlist korang! The Habitat ni sebenarnya mcm satu taman rekreasi yang di dalamnya ada beberapa tarikan utama untuk pengunjung lawati iaitu The Colugo Zipline, Curtis Crest (viewpoint platform tertinggi di Penang) dan Langur Way Canopy Walk. Semua tarikan ni dibina so that pengunjung boleh layan dan hargai nature kat sini dengan pelbagai kaedah.

Sesi kami dijadualkan jam 2pm tapi disebabkan sangkut dekat base station Penang Hill, kami terpaksa ganjakkan sikit ke pukul 3.00pm. Oh ya, untuk pergi ke The Habitat ni korang kena naik ke Penang Hill dulu tau, dekat atas tu nanti ada booth The Habitat untuk korang register. Tiket naik Penang Hill, Malaysian Normal Ticket RM12.
Selepas register dekat booth tu, The Habitat punya crew shuttled kami ke entrance The Habitat menaiki four wheel drive lebih kurang 5 minit dari kawasan utama Top Station Penang Hill, time tu ada tiga org lagi passengers lain.
The Honeymoon Zip
Entrance fee masuk ke The Habitat ni is RM53 untuk orang dewasa dan RM31.80 untuk kanak2. Kalau nak main Zipline kena add on lagi based on pakej yang korang ambil, kalau full experience pakej harganya RM104.94. Lepas register dan dapatkan tiket, kami terus ke platform pertama untuk get prepared for the zipline. Jangan risau, guides akan bagi safety briefing dulu sebelum fly. Platform 1 jugak dipanggil the Honeymoon Zip, dan ni satu satunya platform yg boleh fly dua orang sekali. Kalau korang nak try Honeymoon Zip ni sahaja pun boleh, bayaran dia RM31.80. Memandangkan ni 1st platform memang ada rasa cuak sikit dan zipline dia boleh tahan panjang jugak so brace yourself ok! Kalau ada suami/isteri yg naik sekali boleh la pegang tangan untuk mengurangkan sikit kegelisahan korang tu.
 The Guides
Dari satu platform ke platform yang lain guide korang akan always ada dengan korang dan diorang akan assist korang all the way. Guides bantu kami adalah Faris & Bakesh. Selain dari bantu kami with the zipline, diorang juga berkongsi banyak info menarik berkaitan dengan hutan flora & fauna di sekitar The Habitat ni. Barulah kami ni tau macammana rupa pokok Jelutong, pokok Bertam dan banyak lagi pokok lain yg diorang kongsikan. Both of them super friendly dan helpful!
 The Other Platforms
Selepas the Honeymoon Zip tadi, kami terus settlekan satu persatu platform seterusnya. Ada satu platform yang perlukan kami untuk abseiling ke bawah dan satu platform lagi perlu melalui jambatan gantung untuk ke platform yg seterusnya. Selain dari dua platform tu, semuanya kena fly! Yg abseiling tu, is no joke memang getar lutut jugak nak turun weh! Tp memang seronok!
Curtis Crest & Langur Way Canopy Walk
Selepas hampir sejam kami “fly”, akhirnya selesai semua platforms dan kami berjalan balik ke platform satu tadi untuk pulangkan harnest dan helmet. Selepas itu, kami bebas untuk teroka tarikan-tarikan lain di The Habitat ni. Kami terus tuju ke Curtis Crest iaitu the highest viewing platform in Penang! So memang kena naik tangga sikit lah untuk sampai ke atas tu, binaan Curtis Crest ni is already majestic in its own way dan view yang dapat dilihat dari atas ni lagilah cantik. Kalau dapat tengok sunset ni mesti lagi cun! Tp kami tak stay untuk sunset. Lepas tu kami turun dan bergerak ke Langur Way Canopy Walk. Langur Way adalah canopy walk paling remote dan paling tinggi altitude di dunia guys! Dari atas ni boleh nampak lah Andaman Sea dan Selat Melaka dan basically all Penang. Kepada yang gayat, jangan risau takda rasa bergoyang yang terlampau obvious. Haha. So korang memang boleh menikmati pemandangan dengan tenang!
Overall, kami enjoy pengalaman ni dan kami rasa lebih ramai lagi orang patut datang ke sini dan hayati keunikan alam melalui tarikan yang The Habitat ni dah bangunkan kat sini. Its not too extreme jadi semua orang pun boleh try! InshaAllah akan pulang dengan penghargaan yang berbeza terhadap alam dan of course ilmu baru tentang flora & fauna!

•Unique Attractions
•Clean Facilities
•Super Friendly & Knowledgable Guides
•Great for Nature Lovers!

Oklah setakat tu dulu perkongsian saya untuk kalini. Boleh check out diorang punya social media untuk maklumat lanjut ok! Info kat bawah. Jangan lupa follow travel blog kami untuk lebih banyak cerita travel. Until the next entry, Assalamualaikum!

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: