Assalamualaikum semua. terima kasih kerana sudi datang singgah ke travel blog kami ni. Alhamdulillah walaupun baru setahun jagung umur blog ni tapi sambutan dan sokongan yg diberikan sangat luar biasa, lebih lebih lagi di Facebook page Chasing The Sun yang dah reached lebih dari 100,000 org di Facebook. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang dah Like, Share & Comment di perkongsian kami di sana. Besar rupanya komuniti traveler di Malaysia ni. Oleh sebab tu, kali ni saya nak kongsikan satu lagi kisah pengembaraan saya dan Hana, kali ni di bumi penuh keunikan adat resam, budaya dan alam, Bali. Lets call this catatan, The Bali Notes.
The Early Arrangement | Plan ke Bali ni dah lama diaturkan Hana, rasanya 9 bulan sebelum kami kahwin, tiket ke Bali sudah pun dibeli. Waktu tu tengah ada free seat Air Asia dan kami pun yakin jer akan kahwin bulan December 2018 tu, so beli tiket ke Bali, harga masa tu RM 189 Return. Memang mur mur sangatlah kan? So, settle dah bab tiket, bab itinerary, lepas kahwin baru kami bincang. Sebelum ke Bali ni actually kami ada travel ke Lopburi, backpacking sahaja, jadinya trip Lopburi tu tak dikira sebagai honeymoon lagi, sebab tu trip Bali ni kami asalnya nak plan bagi jadi trip honeymoon. Nak santai2, relax2 dalam kereta supir dan tak penat disebabkan rushing nak visit semua tempat best. Tu plan asalnya, tapi yang betul betul terjadinya haruslah sedikit menyimpang.
Transportation | Kami memang dah set dengan Pak Supir kami iaitu Pak Yanto, yang kami memang nak menggunakan servis supir dia sepanjang keberadaan kami di Bali. Tapi malam sebelum berangkat ke Bali tu, setelah kami baca perkongsian dan cadangan rakan-rakan dekat Facebook group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) , kami pun tukar plan untuk gunakan khidmat supir pada malam ketibaan dan hari 1st di Bali, kemudian lagi dua harinya kami akan travel naik motor. Menurut rakan2 di BBM, lagi puas kalau pusing-pusing Bali naik motor. Jadi, ya kami book untuk sewa motosikal melalui Klook.com yang ketika tu ada promo code yg kami boleh gunakan. Kami bayar RM22 sehari untuk motorsikal, fairly cheap, right?
Hari Pertama | SP-KL-BALI
Kembali ke journey kami. Daripada Sungai Petani (SP) ke TBS kami naik bas ekspress biasa, memang banyak bas dari SP untuk ke TBS, dan setibanya di TBS, kami lunch sekejap dan terus beli tiket Jetbus untuk pergi ke KLIA2. Korang boleh buat pilihan samada nak naik KLIA Transit, Grab/Teksi atau Bus, terpulang kepada masa dan poket korang lah ya, untuk kami yang masih byk masa haritu, kami pilih Jetbus yang lebih murah walaupun mengambil masa yang lebih lama untuk tiba di KLIA2. Tiket Jetbus TBS-KLIA2 berharga RM 11.40. Hampir 1jam setengah dari TBS ke KLIA2 mengunakan JetBus, kami tiba di KLIA2 dengan berbaki beberapa jam lagi sebelum boarding time, so, sempatlah pusing-pusing KLIA2 sebelum check in. Oh ya, lupa nak mention untuk trip kali ni kami beli insurans daripada AXA Insurans dengan harga RM12 seorang, in case of anything kan?
The Arrival | Selepas lebih kurang 3 jam flight dari Kuala Lumpur, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar. Turun dari flight tu ada bas menanti semua penumpang untuk dibawa ke balai ketibaan, besar weh airport diorang ni. Kami ambik luggage dan terus bergerak keluar. Sampai sahaja di bahagian luar balai ketibaan tu memang penuh supir-supir yang memegang kad nama customer masing-masing, jadi korang kena tengok betul2 satu persatu supir yang pegang nama korang. Sekejap sahaja kami dah nampak seorang supir yg pegang kad yang tertulis nama Farhana. Cumanya supir ni bukanlah Pak Yanto, pakcik supir ni adalah pekerja Pak Yanto, namanya Pak Black. Menurut Pak Black, Pak Yanto ada urusan kecemasan yang perlu diselesaikan, jadi digantinya dia.*Dah kenapa bunyi mcm Indonesian pulak ni*. Anyway, Pak Yanto bawa kami ke kereta dia dan terus gerak ke destinasi seterusnya, hotel T&J Rooms yang terletak di kawasan Seminyak.
Restoran Padang | Dalam perjalanan ke hotel, kami minta untuk Pak Black bawakan kami ke restoran makanan halal yang berdekatan. Dibawanya kami ke sebuah restoran makanan Padang. Sebelum turun dari kereta, Pak Black pesan kepada kami supaya jangan terus duduk dan tunggu di meja untuk dihidang, kerana bimbang pekerja restoran itu mungkin akan hidangkan semua jenis lauk yang available dan kami akan terpaksa bayar untuk kesemua yg dihidangkan tu walaupun kami tak makan. Jadinya, Pak Black sarankan kami terus pilih lauk dan kemudian baru duduk di meja makan. Harga menu yang kami pilih tu adalah 115,000IDR (RM35) seorang, agak mahal jugak tu. Makanan di situ tak berapa masuk dengan tekak kami mungkin kerana kami sendiri tak pernah cuba masakan Padang tapi lapar punya pasal, bedal jugak lah. Takpa, kita tengok macam mana menu untuk hari hari seterusnya. Seusai makanan, kami menyambung perjalanan ke hotel kami. T&J Rooms.
T&J Rooms | Apa yang kami perasan, banyak hotel bajet di Bali ni yang lokasinya terselindung di balik bangunan-bangunan seperti kedai kedai makan, kedai cenderahati yang mana untuk masuk ke hotel/motel bajet ni, kita perlu masuk ke lorong lorong kecil yang mungkin sedikit mencabar untuk kita reach dengan kereta. Begitulah lokasi T&J Rooms ni, Pak Black sendiri pun mengambil masa yang lama untuk menemukan lokasi hotel ni oleh kerana lokasinya yang berbeza daripada lokasi yang diberikan Google Maps dan jugak satu lagi kerana hotelnya sedikit jauh ke dalam dari jalan besar dan lorong yang sempit menyukarkan Pak Black untuk navigate kereta dia. Tp Alhamdulillah sampai juga di hotel kami, di berikan kunci oleh pekerja yang ada disitu dan urusan check in & bayaran disuruh kami buat esok sebab sekarang dah lewat malam dan pekerja yang jaga check in dah balik.
Hari Kedua | Seminyak - Pantai Sanur - Gunung Batur - Pantai Kuta
Sunrise in Sanur | Keesokkan harinya, kami keluar seawal jam 4 pagi sebab nak kejar sunrise di Pantai Sanur yang terletak di timur Bali. Untuk pengetahuan, plan asal kami adalah untuk ke Gunung Batur dan trekking keatas untuk tengok sunrise tapi menurut Pak Black, kalau nak buat demikian mungkin kena keluar seawal jam 2.00am. Memang idok ler sebab kami sampai bilik pun dah lebih kurang jam 12.45 mlm. Jadi dicadangkan kepada kami untuk chase sunrise di Pantai Sanur sahaja yang mana agak cantik juga pemandangannya. Perjalanan lebih kurang 35 minit dari hotel kami, setibanya di Pantai Sanur kami cari surau terlebih dahulu sebab waktu Subuh dah hampir masuk. Mujur ada sebuah Surau di kawasan berdekatan Pantai Sanur tu. Selesai Subuh kami bergegas ke Pantai Sanur, org dah mulai ramai tapi tidak terlalu crowded.
Angin dingin menyapa perlahan sambil kami saksikan langit gelap bertukar warna, dari jauh ternampak boat-boat penduduk tempatan tak pasti baru pulang ataupun baru hendak keluar ke laut. Di pesisir pantai pula kelihatan pelancong ada yang sedang jogging, ada yang duduk menyaksikan keindahan matahari terbit. Ada juga penduduk tempatan yang sedang bersembahyang, menyembah Matahari terbit kata Pak Black. Katanya, penyembahan alam adalah sesuatu yg akan banyak terlihat sepanjang trip Bali ni, jadi jangan terkejut dan jangan pula rasa seram sejuk ya. Pak Black tunjukkan nun jauh di hujung horizon laut ternampak gugusan kepulauan yg menurutnya adalah Nusa Penida, hurrmm malangnya trip kali ni kami tak include Nusa Penida. Lain kali mungkin.
Sesudah puas menikmati keindahan Matahari terbit di Pantai Sanur tu, kami terus menuju ke destinasi seterusnya, Gunung Batur. Walaupun tak sempat nak kejar sunrise dekat situ, kami still nak ke sana sebab nak tengok Gunung Agung & Gunung Batur tu sendiri. Walaupun Gunung Agung tu lebih kurang 2 jam jauh dari Pantai Sanur ni, tapi even dari sini kita dah boleh nampak besarnya Gunung Agung yang berketinggian lebih kurang 3,031 meter dari paras laut tu. Sewaktu dalam kereta, Pak Black menghulurkan simkad dari operator SIMPATI yang kami sudah pesan malam sebelumnya. Harga untuk Simkad tu 150,000 IDR atau RM40. Kami beli satu simkad dan kongsi hotspot saja. Internet sangat penting ya kawan-kawan, especially untuk orang-orang yang selalu tertukar plan last minute macam kami ni, and also for Instagram la kannn of course. Sepanjang perjalanan ke Gunung Batur ni, kami dihidangkan dengan pemandangan kota-kota kecil yang kami lalui yang mana bagi saya Bali ni walaupun ia merupakan lokasi pelancongan worldclass dan menerima jutaan pelancong, bangunan di dalam kota kotanya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Jarang sekali nak nampak bangunan bangunan hotel atau pejabat yang besar dan mencakar langit. Jadi kita memang akan immersed dengan budaya diorang, walaupun sekadar melintasi pekan-pekan diorang. Tabik kepada pemerintah tempatan diorang sebab berjaya mengimbangi pembangunan ekonomi & preservation of diorang punya cultural heritage.
The Upcoming Festival | Sesekali kami melintasi rumah rumah yang sedang membina patung yang berwajah menyeramkan, menurut Pak Black, patung-patung tu adalah persiapan untuk Pesta Ogoh-Ogoh yang bakal datang dalam bulan March nanti. Ada beberapa pesta besar yang bakal disambut penduduk Bali dalam bulan March - April, antaranya Pesta Nyepi dan Ogoh Ogoh yang saya sebutkan tadi.Kalau nak tahu sejarah disebalik pesta tu, korang kena rujuk saudara Google la ya. Menuju ke Gunung Batur, Pak Black sarankan kami untuk melawat Pura Gunung Kawi yang terletak sehaluan dengan Gunung Batur. Ditambah lagi, kalau kami spend sejam dua di Gunung Kawi ni, kami akan sampai tepat pada waktu lunch di Gunung Batur dan dia nak sangat kami makan Buffet lunch dekat lerengen tanah tinggi berlatarkan Gunung Batur. Kami pun setuju sahaja dengan saranan dia.
The Dog Incident| Bayaran masuk ke kawasan Pura Gunung Kawi ni adalah 30,000 IDR (RM8.50) seorang. Kami sampai awal jadi hampir semua kedai masih belum dibuka, pelancong lain juga memang tak ada. Side note sikit, dari entrance Gunung Kawi untuk sampai ke Pura Gunung Kawi ni sedikit mencabar sebab korang kena menuruni tangga lebih kurang 15-20 minit ( waktu turun mungkin ok, tapi waktu balik kena naik tangga tu, aduh tercungap jugak). Memang confirm berpeluh tapi berbaloi guys. Ok, waktu kami hampir sampai ke penghujung tangga tu lebih kurang 50 meter sebelum sampai di exact area yang ada Pura tu, tiba-tiba ada seekor anjing macam tak benarkan kami lalu disitu, dia dok barking at us dan jalan ke hulu ke hilir, cuak weh. Dan kalau korang memang dok follow kisah travel kami, kami ni pernah hampir diterkam anjing masa di Lopburi sebelum ni, memang ada sejarah hitam la dengan anjing. So, trauma. Ya shamelessly di sini kami mengaku, kami takut anjing. Nasib baik waktu tu ada monopod yang saya boleh acah acah agah anjing tu. Lepas beberapa minit diagah mcmtu, anjing tu akhirnya lari. Fuh, nasib. Kami pun move along. Di kawasan Pura ni , saya rasa tarikan utama nya bukanlah Pura tu sendiri tapi ukiran purba yang sangat besar yang dibuat pada permukaan batu yang mana saya percaya adalah sebahagian dari Gunung Kawi tu. Tergamam sekejap kami berdua waktu tu. Sila masukkan Pura ni dalam itinerary korang ok!
Danau Batur | Rasanya hampir 2 jam jugak kami luangkan masa dekat kawasan ni, seterusnya terus menghala ke Gunung Batur. Pada ketika tu kami memang tak pasti dah apa sebenarnya aktiviti yang kami nak buat di Gunung Batur tu, trekking memang tak lah sebab cuaca pun dah mulai panas. Bila ditanyakan pada Pak Black, dia asyik dok excited dengan buffet lunch di lereng gunung tu. Oklah, kami pun on untuk lunch disitu. Sampai di kawasan Gunung Batur tu dalam 45 minit kemudian dan dibawanya kami turun ke lembah di hadapan Gunung tu. Kami sekarang in between Gunung Batur dan Danau Batur berlatarbelakangkan Gunung Agung. Fuh momen yang agak majestic diiringi tiupan angin yang agak kuat. Nampak dikejauhan ada pemuda-pemuda tempatan yang tengah dok lepak-lepak, Pak Black datang kat kami dan bagitau, pemuda-pemuda tu tengah dok bincang kat mana nak sabung ayam. Dia kata pemuda pemuda Bali ni memang sangat sinonim dengan menyabung ayam. Jadi memang common kalau dekat kebanyakkan rumah disana ada bakul buluh yg digunakan untuk simpan ayam ayam untuk bersabung.
The Viewtiful Buffet| Lepas dah puas menikmati pemandangan di Danau Batur tu, kami kembali ke keatas menuju ke lerengan bukit untuk makan tengah hari di Grand Puncak Sari Restaurant, Kintamani. Masa kami sampai di restoran tu pekerjanya masih lagi dalam proses menyiapkan buffet lunch jadi kami pergi pilih seat dulu dan duduk menikmati pemandangan Gunung Batur dari atas. Memang lain macam weh feeling dia duduk kat lereng bukit ni, cuak & gayat pun ada gak. Tapi view memang perfect. Masa kami sampai tu langit masih clear cumanya ada sikit sikit petanda mcm nak hujan. Buffet dah ready, kami pun mula dengan pusingan pertama, boleh tahan banyak juga pilihan dia. Take your time, makan slow-slow sambil layan pemandangan yang superb ni. Kami memang terdiam terus masa makan tu sebab asyik dengan view ni. Gambar yang saya share ni pun tak boleh nak gambarkan sebetulnya suasana disitu. Anyway, kos untuk buffet ni adalah 100,000IDR (RM 30). Kalau nak order ala carte pun boleh ya. Saya sarankan korang rasai pengalaman makan disini, mainly sebab view yang padu ni.
Di Grand Puncak Sari Restaurant ni juga disediakan surau , jadi kami solat terus disitu. Selesai kami solat dan bergerak keluar dari restauran, hujan mulai turun. Hujan lebat. Rasanya lebih kurang jam 3 lebih waktu tu, hurm memang tergendala terus semua plan untuk the rest of the evening. Tegallalang & Ubud Palace memang terpaksa ditangguh dulu sebab hujan ni memang tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti dalam masa terdekat. Jadi, kami suruh Pak Black tuju ke arah Seminyak dan kalau hujan stop bila di sana nanti, kita fikirkan selanjutnya. Kalau masih lebat, kita terus pulang ke hotel sahaja.
Sewaktu dalam perjalanan, kami kongsikan dengan Pak Black yg kami nak cari Bag Rotan Bali yang memang iconic sangatlah kalau sesiapa datang ke Bali, pasti akan bawa balik bag tu. Dalam hujan-hujan yang sudah mula perlahan, Pak Black berhentikan kereta di sebuah kedai kraftangan yang penuh dengan Bag Rotan, katanya nak bagi kami survey harga dulu. Tengok punya tengok, memang tak survey dah, Hana terus beli satu. Haha. Pak Black kemudiannya macam geleng kepala, sebab plan dia selepas ni adalah nak bawak kami ke Gudang Bag Rotan tu terus, jadi dia nak suruh kami tengok harga di pasaran ni berapa dan betapa murahnya harga di Gudang nnti. Haha. Ada salah faham sikit disitu. Hujan sudah hampir berhenti sepenuhnya bila kami sampai di gudang bag rotan tu yang mana tuan gudang tu adalah sahabat Pak Black. Weh harga dia memang berbeza gila, kami beli Bag Rotan di pekan Ubud tadi , 120,000IDR (RM35) tp di Gudang ni 80,000IDR (RM23) sahaja. Hurm. termenyesal seketika. Ni kalau korang pun beli bag rotan jugak, ni lokasi tempat tu |https://www.google.com/maps?q=-8.603744506835938,115.2585220336914&z=17&hl=en| cari gudang bag rotan Pak Anto.
The Majestic Sunset | Kami gerak dari gudang bag rotan tu dah petang dan hujan dah berhenti, jadi instead of balik hotel, kami minta Pak Black bawa kami ke Pantai Kuta yang tak jauh dah dari kawasan Seminyak. Alhamdulillah kami sampai memang tepat pada masanya, sempat untuk kami tengok sunset di Pantai Kuta. Allahuakbar memang cantik sangat sunset kat situ, orang memang ramai dan semua tak pedulikan one another sebab asyik tengok matahari terbenam. Berjalan di pesisir pantai, dipukul ombak sambil tengok matahari terbenam, penutup yang sempurna untuk hari pertama kami di Bali. Malamnya kami makan di Nasi Ayam Wong Solo yang terletak di Pekan Kuta. Kemudian terus ke hotel.
Hari Ketiga | Tegallalang - Uluwatu
Seperti yang saya katakan di awal tadi, untuk hari ketiga dan keempat kami tidak lagi mengunakan perkhidmatan supir. Jadi, harini kami sendiri-sendiri sahaja. Kami dah sewa sebuah motosikal melalui Klook.com. Syarikat motor sewa yang kami ambil ni terletak di kawasan Seminyak juga, jadi tiada charge untuk delivery. Diorang memang hantar motor tu sampai depan bilik. Kalau di luar kawasan Seminyak memang akan ada charge tambahan tau guys. Also, please make sure korang "Add-On" GPS holder ok untuk motor korang tu, kalau takda memang susah weh.
Note: Kalau korang nak tunggang motor dekat Bali ni, pastikan yang korang memang mahir bawa motor. Mesti kena cekap. Kalau korang jenis yang 50-50 dalam bawa motor ni, better jangan pilih untuk bawa motor guys, traffic dia mencabar, crowded dan jalan kecil. Kalau tak yakin, memang bahaya. Kami sendiri pun beberapa kali near miss accident. Just putting it out there ok.
The Swing of "Not so" Terror| Ok, disebabkan semalam kami tak dapat melawat Tegallalang dik kerana hujan yang sangat lebat, harini kami decide nak shoot ke situ dulu sementara langit masih cerah. Tegallalang Rice Field ni memang one of the items yang orang wajib buat kalau datang ke Bali ni, kalau ada peluang boleh naik diorang punya buaian yang agak mendebarkan tu. Pagi tu kami sarapan Indomie sahaja, beli dekat Indomart sahaja. Untuk pengetahuan korang, dekat sekitar Bali ni penuh dengan convenient store, antara yang popular adalah Indomart & Alfamart. Macam-macam ada dalam tu dan impressively ,rasanya hampir semuanya Indonesian punya produk *correct me if im wrong ok, this is purely based on my observation*, jadi jangan risau korang tak cukup makan ke apa ke, this convenient stores are literally everywhere. Kami sampai Tegallalang tu lebih kurang jam 10.30am. Alhamdulillah nasib baik masa kami sampai tu, ada satu parking motor untuk kami. Ada orang yang jaga motor-motor kat situ, so InshaAllah selamat. Kami spent a good deal of time dekat situ, turun naik sawah dekat situ dan berkesempatan jugak untuk cuba naik buaian diorang. Diorang charge 150,000IDR (RM45) untuk dua orang. Agak menakutkan juga buaian tu sebab tinggi weh, mungkin ada terkeluar sikit jeritan jantan masa tu, tapi siapa kisah kan? Nobody knew us..Haha..Memang sangat recommended untuk korang try buaian ni. Korang cuba minta kurang dekat makcik yang jaga kat situ ok. Kami nego dari 200,000IDR dapat 150,000IDR, ok lah kan?
Lepas dah selesai dekat Tegallalang, kami terus shoot ke Uluwatu untuk melawat pura di tepi tebing yang juga salah satu key attraction kat Bali. Haa, satu lagi advice, kalau korang nak bawak motor, make sure cover lengan korang. Basically coverlah semua permukaan kulit korang. Kalau ada baju lengan panjang, pakai. Kalau takda, pinjam or belilah handsock, just anything. Sebab cuaca di Bali ni agak panas, kalau tak cover kulit korang, memang akan menyesal. Saya sendiri dah rasa pedihnya sunburn kat sini. Lain macam weh, saya yang gelap ni pun kulit boleh jadi merah dan pedih. So,cover up ok! Dalam perjalanan ke Uluwatu tu, kami melalui Ubud dan kami setuju untuk singgah kat gudang bag rotan semalam untuk belikan bag rotan untuk kawan-kawan dan keluarga. Singgah sekejap ja kali ni. Tuan gudang tu baik pula melayan kami, dihidangnya kami dengan air dan sembang panjang jugaklah sampai ke perbincangan nak jual bag rotan ni kat Malaysia. Memang ramah Pak Anto ni, masih lagi keep in touch sampai sekarang.
The Mandara Highway Incidents | Ok selepas dah beli bag rotan tu, kami teruskan perjalanan yang masih panjang ke Uluwatu. Dari lokasi kami, kami perlu melalui Bali Mandara Toll Road, highway yang melintasi laut untuk ke bahagian Kuta Selatan. Tersilap langkah kat situ sebab kami takda Kad yang digunakan untuk bayar toll ni (kad dia macam Touch n Go tapi versi Indonesia), tersilap langkah yang kedua adalah, dekat satu simpang ni, when we were supposed to exit kanan, kami terus. Nak tau kenapa? sebab saya tergamam tengok Tugu Garuda Wisnu Kenchana yang sejauh 20km pun dah boleh nampak. Jadi sepanjang atas highway tu saya dengan Hana dok kagum (plus seram sejuk) tengok tugu tu sampai terlepas simpang exit kanan tu. Tiada U-turn ya kawan-kawan, so kami pun terus sahaja. Terus punya terus, kami notice yang tak ada motorsikal lain selain kami dekat jalan ni. Terus lagi, dah dekat dengan plaza toll keluar, baru kami nampak motorsikal lain, di laluan lain, laluan motorsikal. Kami sudah salah lane dari tadi lagi rupanya, menghampiri Plaza Toll tu ada seorang pegawai polis tahan kami dan tanyakan kenapa ikut laluan ni, kami pun explain yang kami lost *buat muka sedih sikit. Then dia buka laluan untuk kami masuk semula ke laluan motosikal dan dia jual satu Kad untuk bayar toll tu. Bayaran toll tu 50,000IDR (RM14).
Tak pandang belakang dah, kami terus menuju ke Uluwatu mengikut GPS. Again, jalan memang sangat mencabar, dan kali ni ditambah pulak dengan mukabumi berbukit sebab Uluwatu ni di tebing tinggi. Jadi double triple mencabarnya weh. Tapi quite honestly, saya suka traffic yang mencabar macamni. hehe.. Kami berhenti solat di Masjid Agung Palapa yang terletak sehaluan dengan Uluwatu. Unik reka bentuk masjidnya , berbeza dengan masjid kita di Malaysia. Korang kena singgah k. Dari Masjid Agung Palapa ni perjalanan kami ke Uluwatu mengambil masa cuma 20 minit dan Alhamdulillah kami sampai tu memang cun cun time matahari nak terbenam. Untuk masuk ke ke dalam kawasan Uluwatu ni bayarannya adalah 30,000IDR (RM9) seorang. Kami diberi kain sarung untuk dipakai , sebagai tanda hormat. Kalau tak reti pakai sarung, jangan risau, pakcik kat situ boleh pakaikan. Oh ya, kebanyakkan pelancong datang ke Uluwatu untuk melihat persembahan Kecak Dance. Tapi saya dan Hana tak merancang untuk tengok Kecak Dance, kami cuma nak tengok sunset dekat situ. Kepada yang nak tengok Kecak Dance, make sure korang tahu jadual nya ya. Takut terlepas.
The Road Less Taken in Uluwatu | Guys, sunset dekat Uluwatu ni memang out of this world. Satu, view di atas tebing ni pun dah membuatkan bulu roma terangkat, cantik sangat. Di tambah pula dengan keindahan matahari terbenam , memang takkan lupa sampai bila bila. Untuk extra gila view, korang kena bergerak sedikit jauh dari kawasan tumpuan yang sarat dengan pelancong, macam yang kami buat. Di view point Uluwatu tu akan crowded dengan pelancong, ofcoz la kan, kalau korang jalan terus lagi di hujung kawasan viewpoint tu ada satu lorong yang kelihatan agak menggerunkan sebab sedikit gelap dik kerana dilitupi pokok, tak ramai orang lalu situ, diorang stop only at the view point. Kami berani sebab kami follow sepasang pelancong mat salleh ni lalu situ. Sampai di penghujung lorong tu pula ada pagar batu yang boleh dipanjat, so kami berempat panjat dan end up dekat much more magnificent viewpoint. Dari kawasan yang crowded dengan beratus mungkin beribu orang tadi tu, kat sini cuma ada 12 orang, dengan tenang menikmati pemandangan matahari terbenam ditebing Uluwatu. Bila matahari completely tenggelam, kami pun beransur pulang ke hotel dan singgah makan di Ayam Penyet Surabaya di Pekan Kuta. Makan malamtu kami spent 76,000IDR/ RM22 untuk dua orang, murah dan portion yang sangat berbaloi.
Hari Keempat | Tanah Lot - Malaysia
Last Day| Hari terakhir kami di Bali ni, kami tak plan banyak pun, just nak pergi tengok Pura di Tanah Lot, beli souvenir dan kemudian pulangkan motor ni seterusnya terus ke Airport. Sepanjang perjalanan dari Seminyak ke Tanah Lot ni seronok tengok sawah padi yang diselangi dengan rumah-rumah kampung dan bukit bukau. Bukannya tak biasa tengok sawah kat Kedah, tapi memang sawah padi lereng bukit ni ada keunikan yang tersendiri. Tiket masuk ke kawasan Pura Tanah Lot adalah 60,000IDR (RM17) dan ada bayaran asing untuk parking iaitu 3000 IDR (RM1). Nasib tak menyebelahi kami dan semua yang datang pagi tu sebab air pasang dan laluan untuk ke Pura terapung di Tanah Lot ni memang ditengelami air terus. Semua hanya mampu snap gambar dari jauh sahaja. Tapi yang bestnya, kompleks di Tanah Lot ni luas dan banyak juga benda lain untuk dilihat. Masa kami pergi tu, siap ada orang surfing lagi. Pergh cekal sungguh hati abang abang surfer tu meluncur tengah-tengah panas ni. Itu sahaja aktiviti kami untuk hari last ni, lepas dah spend masa kat Tanah Lot, kami balik hotel tunggu orang datang pick up motor dan kemudian panggil GoCar (GoJek untuk kereta) untuk hantar kami ke Airport, bayarannya 69000IDR (RM20).
Itulah cerita kami di Bali, kalau korang nak baca itinerary ringkas kami, boleh klik sini. Keseluruhannya, trip kali ni memang tidak mengecewakan langsung, kami sangat terkesan dengan kecantikkan alamnya, ketinggian budayanya dan juga keunikan kisah-kisah mitosnya. Macam yang saya sebut sebelum ni, even kita lalu dari pekan ke pekan pun akan rasa dekat dengan budaya orang orang di sini. Itu belum lagi berhenti dan betul-betul sertai upacara-upacara kebudayaan diorang, mesti lagi interesting. But we'll save that for another time mungkin. Special thanks to Pak Black sebab banyak sangat berkongsi ilmu tentang mitos, budaya, adat resam di Bali ni. Kami sangat sarankan kalau korang nak tahu tentang Bali sambil melancong disini, pilih Pak Black. Korang boleh contact Pak Yanto, dan request untuk gunakan khidmat Pak Black sebagai supir. Oh ya, makanan halal pun senang ja nak cari guys, tak sesusah yang orang dok kata. Ok guys, rasanya sampai disini sahaja dulu untuk kalini, terima kasih sebab baca sampai sini. Mesti penat kan? Haha. Bayangkan aku yang menulis ni, kebas otak, mata dan jari weh. Anyway, teruskan sokong kami, inshaAllah akan kami kongsikan content content yang menarik untuk korang semua. Enjoy the montage of our Bali video below and Assalamualaikum!
By Kimi
0 comments:
Post a Comment