ESCAPE PARK PENANG yang dulu bukanlah yang sekarang!
Assalamualaikum. Siapa kata di utara Malaysia ni tak
ada tempat-tempat sukan ekstrem? Haruslah ada. Baru-baru
ini saya dan adik saya, Ika telah membuat keputusan untuk ke Penang Escape Theme
Park yang terletak di Teluk Bahang. Macam tak sangka plan yang kerap disebut-sebut
sejak tiga tahun lepas akhirnya tercapai juga. Nampaknya, plan last minute juga yang
selalu berhasil. Walaupun harga tiket untuk masuk ke Escape ni agak mahal namun
saya rasa berbaloi dan puas hati sangat. Memang betul-betul escape dari dunia reality
sekejap! Di sini saya
akan kongsikan beberapa tips dan trick jika anda mahu ke Escape Penang supaya short escape anda lebih berbaloi! (UPDATE TERBARU ESCAPE PARK)
Tips dan Trick yang anda perlu tahu jika mahu ke Escape Penang
1. Beli tiket awal secara online.
Seperti yang kita tahu entrance fee untuk ke Escape ni tidaklah semurah mana. Ini adalah harga tiket Escape bagi mereka yang walk-in:
Kalau nak dapat tiket yang lebih murah sedikit, anda boleh beli secara online atau pun di klook.com. Walaupun tak banyak bezanya, tapi alhamdulillah save RM7! Kalau nak lagi murah, pastikan anda beli tiket awal iaitu 2 bulan sebelum, diskaun sehingga 50%. Memang berbaloi.
Tapi biasalah masalah kita ni, plan kalau yang beria sangat selalu tak jadi, yang last minute juga selalu jalan. Saya sendiri pun haritu beli tiket sehari sebelum, there goes my RM140. Walau bagaimanapun, saya perlu membayar extra RM20 per booking untuk Escape e wallet. Maknanya anda tak perlu bawa cash semasa masuk, semua bayaran di dalam Escape adalah secara cashless. Kalau ada lebihan, nanti minta refund sebelum balik.
2. Datang ke Escape Theme Park pada hari Ahad
Bagi orang-orang yang bekerja, sudah tentu hujung minggu sahaja lah yang anda ada untuk luangkan masa bersama keluarga dan beraktiviti. So, kalau nak pergi ke Escape pada hujung minggu, make sure pergi pada hari Ahad. Seriously, orang tak ramai! Just imagine that saya tak beratur langsung untuk try semua permainan di Escape. Menurut pekerja di situ, kalau datang pada hari Sabtu memang sangat sesak.
3. Pergi awal dan selesaikan Monkey Business dahulu
Escape Theme Park ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian basah dan kering. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh jalan raya besar. Make sure selesaikan bahagian kering dahulu sebelum ke Water Theme park. Bukannya apa, susah kan nak salin baju dua tiga kali. Plus, kalau nanti matahari dah naik tinggi, cepat penat kalau baru gigih nak memanjat.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke Escape (bahagian kering), anda akan disajikan dengan pemandangan tali-tali dan track yang bergantungan di hadapan anda. Section ini lah yang dipanggil sebagai monkey business. Monkey business ni ada 3 level semuanya. Bagi yang tak biasa tu, mula lah dari level yang bawah dulu. Sekiraya anda terus cuba yang susah dan anda takut atau teragak-agak, kesian orang-orang lain di belakang anda dalam level yang sama kerana terpaksa menunggu. Untuk makluman, sebaik sahaja anda pilih level yang anda mahu, harness anda akan dipasang di kabel yang terletak di pintu masuk level tersebut. Oleh itu, memang tidak akan ada istilah memotong antara satu sama lain. Lambat orang di depan anda, lambatlah anda. Jadi kalau tak biasa, ambil yang level 1 dulu.
5. Bawa atau sewa baju renang
Buat makluman, sesiapa yang tidak mempunyai pakaian renang tidak dibenarkan main slide dan permainan lain di Escape Water Park. Payah juga kepada kita yang sememangnya bukan perenang ni. Takkan nak beli baju renang semata-mata untuk ke Escape, ye idok? Worries not, Escape ada menyediakan perkhidmatan sewa baju renang Muslimah. RM9 untuk satu set. Okey lah tu. Cuma memang lost self confident la sebab muka saya dan Ika jadi bulat macam bola, mana taknya kena pakai cap macam alien. Haha.
6. Game extreme di bahagian belakang
Sekiranya anda masuk Escape, benda utama yang anda akan nampak ialah Monkey Business. Anda memang tak akan nampak flying fox, kite flying, jumping jack, swing dan macam-macam lagi. Rajin-rajin kan diri untuk bertanya. Saya dan Ika sendiri terpaksa berjalan agak jauh ke dalam untuk mencari game-game yang best dan mencabar. So far, the best game bagi saya yang paling mencabar dan adrenaline rush ialah kite flying. Memang betul-betul terasa dia punya ketinggian tu. Bayangkan, saya dan Ika ditarik naik ke atas guna kren, dan kemudiannya dilepaskan. Nak menjerit pun terus terdiam. This is a must try okay!
7. Please and please bawa sarung tangan
Memandangkan ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke Escape,jadi saya dah tahu betapa pentingnya pakai glove. Kali pertama saya pergi dulu, saya tak pakai glove. Bayangkan di Escape ni, aktiviti yang kita akan buat semuanya melibatkan panjat-panjat dan bergayut. Akan sampai at one point, kita masih rasa nak main lagi, tapi tangan dah merah- merah dan melecet. Rugi lah macam tu. Yang pakai glove pun terasa juga lenguh di tangan, apatah lagi yang bare hand.
Saya rasa itu sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua tentang pengalaman saya dan Ika di Escape Theme Park. Kami berdua rasa sangat puas hati dapat bermain seharian walaupun bayaran masuk ke sini agak mahal. Bagi saya, kalau anda nak try sendiri permainan-permainan ini di luar pun dah berapa harganya setiap satu. Lagi berbaloi pergi Escape, dapat main banyak extreme game plus boleh buat banyak kali. Okey, assalamualaikum!
By Hana
0 comments:
Post a Comment