Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, May 10, 2019

1st time ever doing Glamping and White Water Rafting

and I can say inshaAllah this will not be the last one! All thanks to the awesome comrade of MP and the very friendly and helpful staff at Gopeng Glamping Park and Radak Adventure. Definitely a great experience and worth the money!
Kami bertolak dari Kulim lebih kurang jam 4.30am dan berhenti solat Subuh dekat RnR Bukit Gantang. Sambung perjalanan balik lebih kurang jam 6.30am dan sampai di Gopeng Glamping Park lebih kurang jam 7.40am. Kenapa kitorang gerak awal sangat? Sebab nak kejar time untuk join 1st session Water Rafting which is at 9.00am. Korang jangan risau, lokasi tempat mudah saja nak cari, takda tersembunyi kat celah hutan ke apa, betul2 sebelah jalan jer.

Sementara tunggu kawan2 dari KL sampai, sempat kitorang borak2 dulu dengan staff kat sini. Pagi tu hujan agak lebat jugak, tp menurut staff sini, hujan nya kejap2 ja, so inshaAllah takda masalah.Tepat jam 9.00am lori org kampung datang untuk angkut kitorang ke lokasi White Water Rafting yg akan diuruskan oleh Radak Adventure . Perjalanan lebih kurang 20minit jugak dari glamping park tu ke kawasan starting point rafting.
Sesampai kat starting point guide kitorang Abg dgn Abg Os mulakan dgn safety briefing dan introduction to rafting, diorang jelaskan term2 dan arahan2 yg kitorang perlu ikuti sepanjang rafting ni. Disebabkan satu raft tu ada limit berapa org boleh naik, jadi kitorang bertujuh ni dibahagi kepada dua la.
Briefing | Lepas dah naik tu, dah try paddle sikit2 diorang akan ajar water confindence “in case” kalau raft tu terbalik kan. Haa korang jugak akan pakai life jacket so jangan risau kepada yang tak pandai berenang tu ok. Follow instruction inshaAllah selamat. Settle semua tu, teruslah kitorang ber white water rafting. Pergh, memang scary tp seronok weh pengalaman dia. Mula dengan jeram comel2 ja lepas tu hujung hujung memang tak da bawa bincang dah, kira sampai terbalik lah kitorang punya raft tu. Best!

Honorable Mentions| Sesudah habis rafting lebih kurang jam 12.00pm kitorang tunggu lori untuk datang ambik dekat Base camp Radak Adventure. Lepastu Buffet Lunch dan free & easy. Petang tu rilex2 naik basikal klassik pusing2 kampung dan malamnya BBQ Buffet Dinner, mantap! Lepas dinner lepak2 dekat unggun api, main game sikit then we called it a day lah. Esoknya ada breakfast, then check out. Please try this out! Tak menyesal I tell you. Jangan ragu ragu even korang langsung tak pernah rafting, kami semua pun first timer ni!
1. Comfortable and Clean Camping Facility
2. Friendly And Helpful Staff
3. Excellent Food (BBQ kambing dia👍)
4. White Water Rafting Guide very helpful & informative!
Overall |  A must try experience! Korang jangan anggap yang rafting ni cuma untuk orang-orang yang tough-tough sahaja ya. Letakkan mindset tu jauh-jauh dan cuba rasa sendiri pengalaman ni. Macam yang saya cakap tadi, korang ikut arahan dan procedure yang ditetapkan, inshaAllah selamat. Kalau nak book boleh terus contact En.Wan(017 322 8977) Klik sebelah ni untuk ke facebook diorang dan place your booking now! Gopeng Glamping Park  Radak Adventure, Gopeng. Mungkin bulan puasa ni bukan masa yang sesuai untuk aktiviti rafting ni tapi boleh try Glamping dulu, diorang ada buat pakej sahur sekali. Check out Facebook diorang ok! Oh ya btw, pakej yg kitorang ambil haritu, untuk Glamping satu malam inclusive of buffet Lunch, Teatime, Dinner dan Breakfast adalah RM138 per pax dan Water Rafting RM 130 so total RM268 per pax.

Oklah,itu sahaja untuk kali ini. InshaAllah kami nak try rafting di port-port yang lebih extreme lepas ni. Menurutu Radak Adventure, di Sedim Kulim tingkat extreme rafting dia lebih tinggi. Di Gopeng tu Level 3 manakala di Sedim level 4! So itu memang target seterusnya lah kot, lagipun dekat dengan rumah kitorang! Ok, selamat berpuasa semua! Assalamualaikum.

By Kimi
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: