Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, April 27, 2019

Bihun Sup Daging Overload!

Born & Raised in SP| Sebagai seorang penduduk Sungai Petani (SP), setiap kali ada rakan-rakan yang datang singgah atau 'berjalan' di SP bertanyakan kepada saya soalan "Kat mana yang best nak makan kat SP?", pasti sukar sekali saya nak jawab soalan tu. Bukan sebab kat SP ni banyak sangat tempat makan yang best sampaikan saya tak tahu nak mula dari mana, ataupun bukan juga sebab SP ni langsung tak ada tempat makan yang best, tetapi isunya disini saya sendiri yang tak banyak explore SP ni dari sudut keistimewaan tempat makan/restoran/warungnya.

Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, especially selepas saya lancarkan blog Chasing The Sun ni, saya mula lebih peka untuk betul-betul menilai tempat-tempat makan yang menarik dan sedap di SP ni untuk saya kemudiannya kongsikan di blog ni dan harapnya dapat menjawab soalan "Apa tempat makan best kat SP?",dengan yakinnya. Jadi untuk entri kali ni, saya nak kongsikan sebuah restoran yang pada pendapat saya mempunyai daya tarik tersendiri. Apa dia daya tariknya tu? Haa teruskan baca.

Apa nama restoran ni? Namanya Restoran Rimbun Mat Top! Boleh klik sini untuk terus ke Google Maps lokasi restoran ni. Waktu beroperasi restoran ni buat masa sekarang adalah dari jam 10pagi sampai jam 12mlm dan tutup pada hari Jumaat. Ni pun actually saya baru sahaja pergi makan dekat situ dengan family. Masih mantap macam yang saya rasa sebelum ni. Kalau korang baru first time datang makan kat sini, saya nak sarankan 3 menu wajib yang korang kena try, Cendol Pulut Durian Special (RM11), Bihun Sup Daging/Ayam (RM5) dan Mee Tulang Rusuk (RM15). Memang tiga ni menu intro yang padu dekat Restoran Rimbun Mat Top ni. Honorable mention would be Mee Kari. Istimewanya Bihun Sup dia adalah, rasa memang on point lepastu diorang ni sangatlah pemurah dari segi isi-isi dalam Bihun Sup tu, korang tak percaya? Mari tengok gambar kat bawah ni, overload weh daging dia.
Kalau korang datang awal sikit mungkin boleh cuba set set makan tengah hari yang restoran ni sediakan. Buat penggemar cendol durian macam saya ni, memang dah beberapa kali lah datang dating dengan wife dekat sini. Walaupun harga Cendol Durian Special disini tu agak on the higher range, tapi let me tell you, its worth the money. Btw, setting dalam restoran ni pun agak cantik ada ruangan pondok dua tingkat, ada ruang makan meja biasa dan ada yang di tepi kolam dan dihiasi background sawah padi dan Gunung Jerai. Vibe dia memang nice. 

Oklah, sekadar itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. InshaAllah akan ada lagi rekomen rekomen restoran yang saya dan team akan kongsikan di sini. Harapnya dapat membantu korang ya! Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum. 

By Kimi
Previous Post
Next Post

post written by:

1 comments:

aaronnssd said...

Anda telah berbagi artikel yang bagus di sini tentang Sup Durian Glutinous. Artikel Anda sangat menarik dan saya menyukai cara Anda untuk membagikan pengalaman Anda di pos ini. Terima kasih telah berbagi artikel ini di sini. Harga Paha Ayam