Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, March 9, 2019

Bertam Eco Residence | Living Like A Boss!

Bagi segelintir orang, rumah merupakan tempat berteduh dan beristirehat sementara menunggu hari berlalu dan memulakan rutin harian pada keesokan harinya.

Namun, ada juga yang menginginkan sebuah kediaman yang dapat memberikan ketenangan dan sedap mata memandang. Bertam Properties Sdn. Bhd,pemaju perumahan yang tidak asing lagi kepada penduduk di kawasan utara tanah air kini tampil lagi dengan projek terbaru mereka iaitu Bertam Eco Residence yang terletak di bahagian utara Kepala Batas. Menurut Pengurus besar BPSB, projek perumahan ini dilengkapi dengan sebuah taman rekreasi bercirikan wetlands dengan sebuah tasik di tengah-tengah.
Terdpat dua jenis rumah banglo untuk projek ini iaitu Eco Palmera dan Eco Florenz.

ECO PALMERA | SINGLE STOREY BUNGALOW
Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah banglo satu tingkat yang dinamakan Eco Palmera. Rumah ini didatangkan dengan tiga bilik dan satu bilik utiliti. Saiz halamannya yang luas boleh memuatkan sehingga empat biji kereta. Dari pandangan hadapan, rumah ini kelihatan normal seperti rumah-rumah lain yang terdapat di Malaysia. Namun, uniknya rumah ini, porch kereta yang biasnya direka dengan konsep terbuka kini dijadikan garage yang bertutup! Konsep seperti ini semangnya tidak asing lagi bagi rumah-rumah di luar negara seperti di Australia misalnya namun masih asing dan baru di Malaysia. Ini merupakan satu kelainan yang berjaya ditonjolkan oleh Bertam Properties Sdn Bhd kerana Eco Residence boleh dikatakan sebagai projek perumahan pertama di Malaysia yang mengadaptasikan konsep rumah ala-ala negara Australia. Namun, konsep rumah ini masih berjaya mengenengahkan sentuhan kontemporari dan estetika masyarakat di negara Malaysia.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu utama rumah banglo satu tingkat ini, kami disajikan dengan sentuhan hiasan yang luar biasa daripada interior designer Palmera yang sudah semestinya menonjolkan lagi keunikan rekaan rumah ini. Konsep banglo ini yang memisahkan antara laluan utama ke bilik-bilik tidur dengan ruang tamu dapat memberikan sedikit ruang privasi kepada pemilik dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Ruang tamu dan ruang makan rumah ini dibuka luas bagi memberikan impak yang luas. Bagi memberikan sentuhan elegan, banglo ini diserikan dengan ruangan minibar atau pun lebih dikenali sebagai dapur kering oleh masyarakat di negara kita.
Untuk memberikan sedikit kelainan, dapur basah rumah ini dipisahkan daripada ruang lain dengan sebuah sliding door. Konsep bernas ini bukan sahaja mampu menampilkan kelainan tetapi juga memberikan keselesaan kepada pemilik untuk memasak di dapur tanpa perlu risau akan bau masakan.


Rumah banglo satu tingkat ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur yang mempunyai bilik air bagi setiap satu bilik tidur. Terdapat juga satu bilik air asing di dalam rumah khas untuk kegunaan tetamu. Bilik tidur utama banglo ini mempunyai akses ke bahagian luar rumah yang dipisahkan oleh sebuah pintu sliding kaca. Terdapat sedikit ruang di bahagian luar yang sangat sesuai dijadikan tempat minum petang dan santai. Bagi yang gemarkan suasana santai dan terbuka, konsep bilik seperti ini sudah pasti menjadi idaman.
Bilik utiliti rumah ini agak besar dan boleh dimasukkkan sebiji katil single menjadikan jumlah bilik di kediaman ini seolah-olah 4 biji bilik.
ECO FLORENZ | DOUBLE STOREY BUNGALOW
Sama seperti Eco Palmera, reka bentuk banglo dua tingkat ini mempunyai adunan reka bentuk antarabangsa untuk iklim khatulistiwa. Banglo ini didatangkan dengan 4 bilik tidur dan satu bilik utiliti dan turut dilengkapi dengan garage kereta yang bertutup.

Rekaan ruang tamu rumah ini yang menggunakan high ceiling mampu memberikan impak yang luas dan moden. Sekiranya anda memandang ke atas daripada ruang tamu, anda akan dapat melihat kawasan balkoni tingkat atas.
Konsep rumah ini lebih kurang sama dengan Eco Palmera. Antara yang menarik perhatian di sini ialah saiz bilik tidur utama yang amat luas. Untuk rumah contoh Eco Florenz, interior designer melalukan pilihan tepat dengan membuat walk in closet. Ruangan seperti ini sudah semestinya menjadi dambaan bagi setiap wanita. Bilik tidur utama juga mempunyai akses ke balkoni. Konsep ini dapat memberikan aliran udara yang optimum hasil daripada ruang yang berhubungan antara dalam dan luar rumah.

Secara keseluruhannya, Eco Palmera dan Eco Florenz mempunyai kesemua ciri-ciri rumah ideal dan canggih yang terkini. Konsep rekaan moden bertaraf antarabangsa ini sudah pasti akan menjadi buah mulut dalam industri perumahan dan landskap di Malaysia. Sekiranya anda ingin menyaksikan sendiri keunikan projek Eco Residence ini, anda boleh datang sendiri ke show house Bertam Eco Residence! Laman Web BPSB di SINI. Untuk baca lebih perkongsian dari Kimi, boleh ke blog beliau. #BertamEcoResidence #BertamPropertiesSdnBhd

By Hana
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: