Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, December 29, 2018

Trip ke Hatyai menaiki Train & Grab
Sementara bercuti menunggu penempatan ke hospital,saya dan seorang lagi kawan telah membuat keputusan untuk bercuti.Isunya ialah ke  manakah destinasi yang mampu kami lawati memandangkan kami tidak bergaji..hehe..Maka tercetuslah idea untuk backpack ke Hatyai .Saya ingin kongsikan pengalaman pertama kami berdua menaiki train ke Hatyai.Akan saya kongsikan juga tips menarik menaiki grab sebagai pengangkutan utama sepanjang di sana.
Get Set Go!| Sepanjang trip kami di Hatyai boleh dikatakan 90% naik Grab,10% naik tuktuk.Kami memulakan perjalanan seawal jam 5 pagi dari rumah saya di Sungai Petani menuju ke KTM Sg Petani.Kami bergerak awal untuk mengejar KTM pertama dari Sungai Petani menghala ke Padang Besar pada jam 5.59pagi.Perjalanan menaiki ktm dari Sungai Petani-Padang Besar mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami tiba di KTM Padang Besar lebih kurang jam 7 pagi.
-Tiket KTM Sg Petani-Pdg Besar RM9.30/seorang.

Mengapa perlu sampai awal di KTM padang Besar?
Kerana kita perlu menjadi antara yang terawal beratur di hadapan kaunter tiket untuk membeli tiket train ke HATYAI.Sekiranya anda kebetulan pergi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu untuk negeri utara),sila jangkakan kepanjangan barisan yang luar biasa..haha..Anda akan paham sekiranya pernah melaluinya.Ia akan jadi kenangan terindah.
TIPS menaiki train Padang Besar-Hat Yai
  1. Keluar je dr KTM Padang Besar, terus ke kaunter tiket di hujung sekali.
  2. Tiket train Padang Besar-Hatyai RM10/70 baht untuk seorang.
  3. Train ke Hatyai ada 2 waktu: 9.50 pg & 3.40 ptg waktu Malaysia
  4. Kaunter tiket untuk ke Hatyai dibuka jam 9 pg waktu Malaysia.Dtg awal untuk beratur beli tiket sebelum pintu kaunter dibuka.Cepat beli tiket,cepat la cop passport di Imigresen.
  5. Jangan lupa isi white card sebelum pergi ke kaunter imigresen.White card boleh didapatkan setelah membeli tiket train ke Hatyai.
  6. Aim trip ke Hatyai naik train ni nak mrasa classic train thai yg open air.Tapi takde rezeki,both ways dpt train yg ber-aircond.Next time maybe
SIMKAD | Nanti anda akan dapat lihat kelibat seorang staff berjalan jalan dlm train untuk menjual simcard.DTAC simcard untuk 260 baht.Unlimited data untuk seminggu.Share 2 org,sorg 130 baht.Kami beli siap2 simcard kerana setibanya di Hatyai kami akan menggunakan khidmat Grab untuk ke hotel.Boleh juga beli simcard di kedai local di Hatyai,lebih murah kata org.

Arrival | Setelah satu jam perjalanan menaiki KTM dari Padang Besar,kami akhirnya tiba di stesen train Hatyai.Sebelum ke luar dari stesen train,kami telah check tambang Grab terlebih dahulu untuk compare dengan tambang tuktuk yang bakal ditawarkan oleh pemandu tuktuk. Memandangkan tambang tutkuk sama dengan tambang grab untuk ke hotel iaitu 60 baht,kami decide untuk menaiki tuktuk.

Hotel | Kami menginap di Tanaphat Hotel rm64/malam yang telah dibook awal di website AGODA.com.Hotelnya selesa,bersih,besar,siap ada balcony.Paling best ialah kedudukan hotel yang walking distance  untuk ke Lee Garden,Kim Yong Market,Santisuk Market and Muslim Restaurants(Kedai Salma,Hamid Restaurant,Kai Tod Decha,Kedai Kelantan)
TIPS menaiki grab di HATYAI
  1. Lagi jimat if naik Grab/Tuktuk ramai2.Mcm kami hanya berdua,so tak dpt la nk berjimat sgt dkt transport.
  2. Buat akaun grab banyak2 sbb promo code boleh guna up to 2-3 kali je utk satu akaun.
  3. Check dulu fare grab sebelum naik tuktuk.Ada tambang tuktuk yg terlalu mahal dan tidak logik.Contoh,tuktuk offer 500 baht dari Central Festival Mall ke Klonghae Floating Market.Grab hanya 129 baht.Klau fare lebih kurang,then decide la naik yg mana
Kami ada naik tuktuk beberapa kali sepanjang di Hatyai sekadar utk merasai pengalaman menaiki tuktuk.Naiklah tuktuk untuk perjalanan yg dekat dan tambang yang murah.
Food Time| Setelah check in hotel,perut pon dah berbunyi meminta diisi dengan lunch,jadi kami berjalan kaki dr Tanaphat Hotel-Kai Tod Decha Restaurant dengan menggunakan google map.Sekali sekala nak merasai pengalaman berjalan kaki sebagai pelancong.Bila lagi kan nak jln kaki sambil buka google map.
Menu yang kami pilih adalah seperti gambar di atas, Khaomok rice 65baht,teh ais buih 30 baht. Kemudiannya, kami berjalan kaki dari Kai Tod Decha  menuju ke Kim Yong Market dan selepas itu Lee Garden Plaza seterusnya Watson dan misi menggeledah 7E. Jika anda punyai stamina dan ketahanan mental yang kuat berjalan kami sekitar pekan Hat Yai ini sangat disarankan kerana anda boleh melihat secara upclose budaya masyarakat di sana.

7 Eleven| 7E di Hatyai adalah antara tempat menarik yg wajib dikunjungi.Sekali masuk,anda akan masuk berkali kali..haha..Amazed dan addicted untuk membeli belah di dalam 7E.So tolong lah pergi ke 7e kalau berkunjung ke HatYai okay.
Evening Stroll| Pada sebelah petangnya kami jalan jalan cari makan di Ban Pru Floating Market dan kemudiannya memanjangkan langkah ke Asean Night Bazar.
Chabura Dimsum | Untuk hari kedua,kami bangun awal kerana tak sabar untuk sarapan di satu kedai dimsum yang viral di Fb iaitu Chabura Dimsum.Kami ke sana menaiki Grab 85 baht.
Elephant | Setelah kenyang,kami ke Chang Puak Camp untuk elephant riding.Elephant Riding 500 baht/person. Beli gambar elephant riding 200 baht/person.
Songkhla Central Mosque adalah antara tempat impian kami untuk dikunjungi kerana kata orang bangunannya ala ala Taj Mahal.Walaupun senibinanya  tidak seindah Taj Mahal,namun kami tetap berpuas hati dapat bergambar di hadapan Songkhla Central Mosque tersebut.
Another Floating Market| Selain itu, kami juga berkesempatan jalan jalan cari makan di Klonghae Floating Market. Gambar di bawah antara makanan yang patut dicuba bila singgah di market ini
Port shopping lain selain Asean Night Market ialah Lee Garden dan Green Way Market.Kita juga boleh JJCM di sana,banyak makanan halal dan menarik yang anda semua patut cuba.
Sekian itu sahaja perkongsian dari saya,untuk full details tentang perbelanjaan kami berdua di sana boleh klik sini . Sehingga ketemu lagi di lain trip. 

By Chasing The Sun Guest Writer

Hatyai, Thailand, Makanan Halal Hatyai , Klonghae Floating Market, Trip ke Hatyai Naik Train,Grab di Hatyai, Macamna nak ke Klonghae Floating Market, Kedai makanan muslim di hatyai
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: